PACCM-MascotsWeb-MY

KOMIK MALAYSIA

Sebelum merdeka, komik merupakan medium komunikasi yang paling mudah dan membawa tujuan politik. Penjajah British dan kerajaan Malaya selepas merdeka telah memanfaatkan risalah komik untuk menyebarkan propaganda anti-komunis. Parti Komunis Malaya dan pertubuhannya turut menggunakan komik bersertakan slogan dan tulisan untuk menyebarkan pendidikan politik dalam kalangan orang awam.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-CN

KOMIK BERSIRI CHINA

Lukisan bersiri yang turut dikenali sebagai buku mini telah bersejarah sebanyak ratusan tahun sejak akhir Dinasti Qing. Secara umum, lukisan bersiri merangkumi lukisan skrol golongan terpelajar, lukisan dinding di dalam tokong, lukisan pehiasan tahun, lukisan ukiran kayu serta batu. Definisi lukisan bersiri yang sempit adalah merujuk kepada sejenis bahan lukisan

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-TW

KOMIK TAIWAN

Penjajahan selama 50 tahun telah menyebabkan corak dan gaya komik Taiwan dipengaruhi oleh Jepun secara mendalam. “Majalah Bulanan Xin Xin” yang bertekad untuk meluaskan pasarannya di Taiwan turut terpaksa menggunakan bahasa Jepun sewaktu awal penerbitan majalah tersebut. Majalah itu hanya menggunakan bahasa Cina bermulanya edisi keempat.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-TH

KOMIK THAILAND

Sejarah komik Thailand adalah amat cemerlang dalam era tradisionalnya. Komik merupakan medium yang digunakan untuk menyindir golongan atasan serta mengkritik politik semasa. Komik komersial yang pertama telah dilahirkan pada tahun 1917. Karya tersebut adalah bertujuan utama untuk mentertawakan Jerman yang kalah dalam perang Eropah.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-SG

KOMIK SINGAPURA

Selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1980-an, komik telah menunjukkan dua tren dalam kalangan kehidupan budaya Singapura. Pertamanya komik telah berperanan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan ini merangkumi buku komik di mana plot ceritanya adalah mengenai nilai pendidikan. Keduanya komik digunakan untuk tujuan hiburan ketika masa lapang.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-KR

KOMIK KOREA SELATAN

Lukisan batu dan lukisan dinding kubur pada zaman purba merupakan aset penting untuk membuktikan sejarah perkembangan lukisan Korea. Lukisan dinding sebegini yang tua dan bersejarah adalah berlarutan sehingga kemunculan “Nobility” pada abad pertengahan ke-18 dan akhirnya wujud komik empat petak pada zaman ini.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-JP

KOMIK JEPUN

Asal usul komik, dari segi corak mahupun gayanya, adalah bermula sejak abad ke-6 dalam kalangan sami Buddha Jepun. Lumrahnya Toba Sojo telah diiktiraf sebagai pelopor bidang komik. Karya lukisannya “Scrolls of Frolicking Animals” telah disenaraikan sebagai salah satu aset dalam kalangan 4 aset skrol lukisan (emaki) Jepun.

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-ID

KOMIK INDONESIA

CERGAM merupakan istilah yang terhasil daripada gabungan 2 perkataan iaitu “Cerita” dan “Gambar” sejak 1960an. Secara harfiah, CERGAM bermaksud cerita bergambar dan melambangkan penerbitan komik di Indonesia. Sejarah komik Indonesia bermula pada tahun 1931 dengan komik bersiri yang berjudul “Put-On” oleh Kho Wang Gie dan “Mentjari Poetri Hidjaoe” oleh Nasrun

Continue reading
PACCM-MascotsWeb-HK

KOMIK BERSIRI HONG KONG

Sejarah komik Hong Kong bermula sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu sewaktu penubuhan “Persatuan Komik” oleh sekumpulan pelukis komik Shanghai. Ahli persatuan tersebut termasuklah Zhang GuangYu, Zhang ZhenYu, Wang DunQing, Huang WenNong, Lu ShaoFei, Ye QianYu dan lain-lain.

Continue reading