KARTUNIS POLITIK ZUNAR

Nama asal Zunar ialah Zulkiflee Anwar Ulhaque. Beliau merupakan pelukis kartunis Malaysia. Melalui kartunnya, beliau mendedahkan gejala rasuah dan penyelewengan kuasa oleh kerajaan Malaysia. Slogan beliau ialah “How Can I be Neutral, Even My Pen Has a Stand”.

zunar

Kini beliau menghadapi 9 pertuduhan di bawah Akta Hasutan dan mungkin akan dipenjarakan sebanyak 43 tahun sekiranya didapati bersalah.

Beliau telah ditangkap dan ditahan masuk ke lokap sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah pada September 2010 selama 2 hari dan kali kedua adalah pada 10 Feburari 2015 selama 3 hari. 5 buku kartunnya telah diharamkan dan pejabatnya di Kuala Lumpur telah diserbu banyak kali dan ribuan buku kartunnya telah dirampas.

Pihak pencetak dan kedai buku di seluruh Malaysia yang pernah menjual ataupun menyimpan buku kartunnya telah diserbu dan dirampas. Malah, mereka diberikan amaran supaya tidak mencetak ataupun menyimpan sebarang buku kartun Zunar.

Pada Oktober 2014, 3 pembantunya telah ditangkap hanya kerana menjual buku kartunnya. Pengendali laman web yang turut merupakan pengendali kedai buku online beliau turut ditahan oleh polis untuk tujuan penyiasatan.

zunar

Anugerah
1. “Courage in Editorial Cartooning Award 2011” oleh Cartoonists Rights Network International
2. Human Rights Watch Hellman/Hammett Award bagi tahun 2011 & 2015
3. International Press Freedom Award, Commitee to Protect Journalist, New York 2015

Zunar dikenali sebagai seorang pelukis komik yang berupaya untuk menggabungkan segala mesej yang dikehendaki ke dalam sebuah karya kartun yang mudah difahami dan berunsur humor. Beliau telah menggunakan cara dan teknik yang berbeza dalam setiap pelukisan demi mendidik serta menghiburkan pembacanya. Sesungguhnya Zunar amatlah unik dalam penciptaan kartunnya. Terdapatnya beberapa unsur dan kaedah yang akan dijumpai dalam karyanya.

· Singkatan—Zunar menggunakan teknik singkatan bagi nama ahli politik, undang-undang, parti politik dan sebagainya untuk menjadikan kartunnya boleh dibaca sebanyak mungkin. Kadangkala beliau menggabungkan singkatan dengan perkataan lawak untuk mencipta frasa perkataan yang membawa pelbagai idea.

– Jason P. Abbott, Ph.D.Director, Center for Asian Democracy.
– Bryan Warren, Executive Director Asia Institute – Crane House.
– Lauren Prezbindowski, independent curator of history and art in Louisville.

Post a comment