KOMIK BERSIRI CHINA

Lukisan bersiri yang turut dikenali sebagai buku mini telah bersejarah sebanyak ratusan tahun sejak akhir Dinasti Qing. Secara umum, lukisan bersiri merangkumi lukisan skrol golongan terpelajar, lukisan dinding di dalam tokong, lukisan pehiasan tahun, lukisan ukiran kayu serta batu. Definisi lukisan bersiri yang sempit adalah merujuk kepada sejenis bahan lukisan yang mengandungi pelbagai gambaran yang bertujuan untuk menerangkan perihal masyarakat umum.

comics in china

Kemajuan teknologi litografi serta teknik ukiran yang tepat merupakan asas terpenting untuk menerbitkan jurnal lukisan bersiri. Pada tahun 1884, “DianShiZai Pictorial” adalah disertakan dalam surat khabar Shun Pao. Pelukis utama ketika itu adalah Wu YouRu. Jurnal lukisan tersebut telah diterbitkan sebanyak 528 edisi dan mengandungi 4000 buah lukisan bersiri yang mendedahkan situasi rasuah yang berlaku dalam Dinasti Qing. Pada tahun 1889, Shanghai Literature and Art Publisher telah menerbitkan buku pertama yang menggunakan teknologi litografi, iaitu “Romance of the Three Kingdoms”. Penulis ialah Zhu ZhiXuan dan terdapatnya lebih kurang 200 buah lukisan dalam buku tersebut.

comics in china

“Dianshizhai Pictorial”

Pada tahun 1918, wayang bersiri amatlah popular di Shanghai. Penjual buku berserta pelukis ketika itu telah melukis berdasarkan skrip Opera Beijing. Sehubungan dengan itu, Matt Bookstore telah menerbitkan “Lukisan Tian Bao” yang dihasilkan oleh Zhu RunZhai. Lukisan tersebut telah menarik perhatian orang ramai.

comics in china

Dari tahun 1925 sehingga 1929, Shanghai World Bookstore telah menerbitkan pelbagai karya lukisan bersiri Chen DanXu seperti “Romance of the Three Kingdoms”, “Journey to the West”, “Water Margin”, “Heavenly Ranks” serta “Yue Fei”. Dalam tempoh ini, lukisan bersiri yang termasyhur termasuklah “Master Wong” iaitu karya Ye QianYu serta “Adventures of Samo” oleh Zhang LePing.

Lukisan bersiri yang begitu popular pada masa itu telah menyumbang kepada kewujudan penjual buku sekitar Shanghai yang menyewa buku lukisan bersiri kepada orang ramai. Sehinggalah tahun 1930-an, peniaga buku telah menerbitkan buku lukisan bersiri dengan banyak sekali demi mengaut keuntungan maksima. Terdapat juga segelintir buku lukisan bersiri yang menyebarkan pemikiran kepercayaan karut dan lucah.

comics in china

Sewaktu zaman menentang Jepun, penjualan buku lukisan bersiri tidaklah selaris seperti dahulu. Sebaliknya, lukisan komik politik amatlah diminati di kawasan pegangan kerajaan Kuomingtang. Lukisan ukiran kayu yang digunakan oleh Parti Komunis China untuk menyebarkan ideologi dan polisi pula amat popular di kawasan pegangan Parti Komunis China.

Selepas kemenangan penentangan Jepun, lukisan bersiri telah diterbitkan semula. Berkumpulnya ramai tokoh lukisan bersiri di Shanghai. Antaranya termasuklah Zhao HongBen, Shen ManYun, Qian XiaoDai dan Chen GuangYi.

comics in china penang asia comic cultural museum comics in china
Zhao HongBen, Chen GuangYi, Qian XiaoDai

Kerajaan komunis telah menggunakan lukisan bersiri sebagai satu alat penting untuk mendidik rakyat jelata selepas penubuhan China Baru.

Bahan topik ketika itu termasuklah publisiti polisi, perjuangan revolusi, pembangunan sektor pertanian dan perindustrian, budaya pembelajaran, penggubahan kisah sejarah dan lain-lain. Disebabkan kekurangan interaksi antara China dengan masyarakat antarabangsa ketika itu, maka kebanyakan lukisan bersiri pada waktu itu adalah berasaskan bahan topik revolusi Soviet Union.

comics in china

Pada awal tahun Revolusi Kebudayaan, kebanyakan lukisan bersiri yang cemerlang telah dikategorikan sebagai bahan berhaluan kanan. Penerbitan lukisan bersiri hampir dihentikan ketika itu.

comics in china

Zhou EnLai telah memberikan kebenaran untuk menerbitkan semula lukisan bersiri pada tahun 1971. Walaupun jumlah pencetakan adalah agak banyak dan mencukupi, namun isi kandungannya adalah lebih kurang sama dan hanya menyarankan mesej perjuangan kelas, cerita teladan tokoh perjuangan serta kisah peperangan revolusi.

Disebabkan Revolusi Kebudayaan menitikberatkan sifat kerakyatan bagi bidang kesusasteraan dan kesenian serta tidak menonjolkan kelebihan individu, maka lukisan bersiri bagi tempoh tersebut adalah tidak bernama dan dihasilkan secara kelompok. Sebagai bahan kesenian politik, lukisan bersiri sewaktu Revolusi Kebudayaan tidak menampakkan personaliti dan kesedaran diri seseorang pelukis yang seharusnya ada.

Bidang lukisan bersiri telah berkembang pesat selepas tamatnya Revolusi Kebudayaan. Terdapatnya 3000 jenis lukisan bersiri yang diterbitkan dari tahun 1977 sehingga tahun 1980. Jumlah pencetakannya adalah sebanyak 10 ratus juta buah. Bolehlah dikatakan bahawa ia merupakan satu aset budaya yang menguntungkan masyarakat umum.

Pada waktu kegemilangan ini, telah munculnya ramai pemuda-pemudi yang melibatkan diri dalam bidang pelukisan bersiri di China. Teknik asas mereka adalah mantap sekali. Corak dan cara melukis mereka adalah tidak statik dan mempunyai gaya personaliti yang berbeza lantaran dipengaruhi oleh tren ideologi kemanusiaan. Karya penerbitan mereka adalah amat banyak pada masa itu. Antaranya yang terkenal adalah karya seperti “Mapel” dan “Mendekati Separuh Umur” yang digubah daripada karya Scar Literature.

comics in china

Disebabkan pengaruh budaya filem Hong Kong dan Taiwan, lukisan bersiri yang bertema aksi kung fu seperti “Wira Huo YuanJia” dan “Raja Tinju Selatan” telah dicetak sebanyak beberapa ratus juta buah.

Namun, lukisan bersiri China telah mengalami zaman kemerosotannya sejak tahun 1990-an. Hal ini disebabkan penerbitan lukisan bersiri yang berlebihan, pembaharuan media baru yang mengakibatkan wujudnya pelbagai sumber hiburan yang baru dalam kalangan generasi muda serta keunikan dan kelebihan lukisan bersiri Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Kini lukisan bersiri mula diambil perhatian oleh orang ramai. Selain lukisan kaligrafi, seramik, setem dan antik, ia merupakan antara 5 koleksi hangat dan popular yang ingin dimiliki oleh masyarakat umum pada masa ini.

penang asia comic cultural museum

Han Barat—Tahun 1898

Dalam sejarah kesenian China, karya yang paling awal mengandungi unsur manhua adalah gambar jenis ikan berserta muka manusia yang tergolong di bawah Budaya Yangshao yang muncul sewaktu Zaman Neolitik. Sewaktu Dinasti Han, lukisan manhua ukiran batu “Hons under the Hoofs of Raging Horses”, arca tembikar “Drumming Sing and Dance” dan lukisan ukiran batu “Jie the Tyrant of Hsia” merupakan karya kesenian China purba yang mengandungi unsur manhua. Terdapat juga lukisan berdakwat yang membawa makna sindirian politik ketika itu. Antaranya termasuklah karya Zhu JianShen yang bernama “Full Harmony”, karya Orang Berlapan Dinasti Qing, iaitu “Pictorial of the Phoenix” serta “Lukisan Lucu Hantu” yang dihasilkan oleh Luo LiangFeng.

comics in china

Tahun 1898—1919

Sejarah manhua moden China bermula pada akhir Dinasti Qing. Manhua pertama The Rattle adalah dihasilkan oleh H.W.Hayter di Shanghai pada tahun 1895. Unsur sindirannya adalah amat kuat dan menuding kepada Dinasti Qing ketika itu.

“Blueprint of Dividing China” merupakan manhua moden China yang rasmi dan membawa makna yang tegas. Ia telah diterbitkan dalam “FuRen Literary Society”, Hong Kong. Pelukisnya adalah ahli pertubuhan Xing Zhong yang bernama Xie ZanTai.

comics in china

Tokoh revolusi amat gigih dalam menggunakan manhua untuk tujuan propaganda, maka GuangDong adalah tempat bermulanya manhua sindiran China berkembang. Pada masa yang sama, Boxer Rebellion telah menggunakan satu teknik yang digelar “Jie Tie” sebagai bahan publisiti manhua untuk menentang kuasa dan agama luar negara.

Jurnal manhua pertama yang khusus yakni Shanghai Puck telah diterbitkan pada September 1918. Pengasas ialah Sheng BoChen. Kebanyakan masanya jurnal tersebut menentang idea imperialisme serta kongkongan jeneral mahupun panglima yang berkuasa.

Mei 1919—April 1927

Terdapatnya hubungan dan interaksi yang rapat antara perkembangan manhua dan politik ketika tempoh Gerakan Budaya Baru China.

Isi kandungan manhua waktu tersebut adakah memfokuskan penentangan terhadap imperialisme Jepun dan Warlords Utara serta menguar-uarkan orang ramai supaya membantah sistem feudalisme dan memperjuangkan demokrasi dan sains.

comics in china

Dalam Gerakan Budaya Baru China, Dan DuYu telah menerbitkan manhua individu pertama yang bernama “Lukisan Penghinaan Negara” di China.

Feng ZiKai mula menonjolkan kemampuan diri ketika Gerakan Wu Si. Beliau merupakan golongan terpelajar yang agak sentimental dan romantis dalam kalangan pelukis manhua China.

April 1927—Jun 1937

Sebagai pertubuhan manhua pertama China, “Persatuan Manhua” telah ditubuhkan di Shanghai pada tahun 1926. Persatuan tersebut diasaskan oleh Huang WenNong. Jurnal “Manhua Shanghai” merupakan lidah rasmi bagi persatuan tersebut. Lambang persatuan tersebut adalah naga manhua.

Penubuhan “Persatuan Manhua” adalah seiring dengan perkembangan semasa. Beberapa insiden seperti Perang Penerokaan Utara, Pembunuhan Beramai-ramai 30 Mei, Peperangan Warlords serta pencerobohan imperialisme telah menyebabkan golongan pelukis manhua generasi muda menggunakan manhua sebagai alat untuk meningkatkan kesedaran rakyat serta menyelamatkan negara.

comics in china

Buat julung kali pameran manhua yang berskala besar telah dijalankan di Shanghai. “Manhua Shanghai”, “Era Manhua”, “Kehidupan Manhua” dan penerbitan manhua yang lain telah dipamerkan. Hal ini secara langsung melahirkan pelbagai pelukis manhua yang berkualiti dan cemerlang.

Sesungguhnya abad ke-20 tahun 1930-an merupakan zaman perkembangan lukisan bersiri China. Lu ShaoFei merupakan antara tokoh yang terawal menghasilkan karya lukisan bersiri dalam usaha penciptaannya. Karya terkenalnya ialah “Pembentukan Semula Profesor”.

comics in china

Julai 1937—September 1945

Ketika China dalam usaha menentang tentera Jepun, pertubuhan penyelamat manhua telah ditubuhkan di Shanghai dan “Manhua Penyelamat” telah diterbitkan. Dari Shanghai sehinggalah ke pelbagai tempat seperti Nanjing, Wuhan, Chang Sha, Gui Lin dan Chong Qing, pasukan publisiti pertubuhan penyelamat tersebut yang diketuai oleh Ye QianYu, Zhang LePing dan TeWei telah menganjurkan pameran manhua di merata-rata demi menyarankan rakyat jelata supaya bangkit menentang tentera Jepun. Perjuangan ini diibaratkan sebagai perjuangan manhua terhadap penjajah Jepun.

comics in china

Karya manhua ketika itu dikategorikan kepada dua jenis. Yang pertama adalah mengenai kesalahan dan perbuatan jahat tentera Jepun dan pensubahatnya. Yang kedua pula tentang semangat kental orang China dalam menentang penjajah Jepun.

comics in china

comics in china

September 1945 – September 1949

Selepas berjaya menentang tentera Jepun, telah berlakunya 3 perang dalaman antara Parti KuoMinTang dengan Parti Komunis. Komik pada waktu itu adalah lebih berpihak kepada Parti Komunis di mana kebanyakan komik menyampaikan mesej rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan pimpinan Chiang Kai Shek.

comics in china

Oktober 1949 – Disember 1956

Berlakunya perubahan yang ketara selepas penubuhan Rakyat Republik China. Manhua yang memuji pimpinan kerajaan Komunis amatlah lumrah ketika itu. Pelukis manhua telah bertindak selaras dengan hasrat kerajaan di mana mereka membantu untuk melancarkan publisiti mengenai dasar kerajaan seperti revolusi tanah dan kempen anti-Amerika Syarikat di samping menyokong Korea Utara.

comic in china

Disebabkan terdapatnya juga kekurangan dalam kalangan kerajaan komunis, maka telah wujudnya “Manhua Dalaman” yang berunsur sindiran. Menurut Mao ZeDong, manhua sedemikian adalah bertujuan untuk menyindir dan mengkritik perselisihan dalaman antara rakyat dan bukannya mengecam pihak lawan. Sesungguhnya tidak mudah untuk menghasilkan lukisan manhua sindiran ketika itu lantaran manhua yang membawa mesej yang keterlaluan akan mengalami tentangan masyarakat dan juga kerajaan.

comics in china

penang asia comic cultural museum

Januari 1957 – Mei 1966

Gerakan politik dan komik telah bekerjasama rapat bagi tempoh ini. Dalam usaha Mao ZeDong untuk menentang pihak berhaluan kanan, pihak komik adalah pensubahat dan juga merupakan mangsa pada akhirnya.

Terdapatnya banyak pelukis komik yang pernah menghasilkan komik sindiran telah mengalami tindakan keras kerajaan. Ketika itulah bidang komik adalah lebih berarah kepada komik berunsur pujian dan antarabangsa.

comics in china

Kemunculan “The Great Leap Forward” dan “The Three Red Banners” menyebabkan kebanyakan pelukis komik mengikut telunjuk kerajaan komunis dan menipu diri sendiri. Pada masa yang sama, gelombang anti-penjajah serta imperialisme telah melahirkan banyak karya komik antarabangsa yang bermutu tinggi.

comics in china

Mei 1966 – Oktober 1976

Dalam tempoh 10 tahun penyeksaan ini, bidang manhua telah mengalami tamparan besar. Pelukis manhua seperti Hua JunWu, Feng ZiKai, Ye QianYu, Zhang LePing, Zhang Ding telah dikecam hebat dan dikenakan tindakan keras. Antara mereka, ada yang tidak lagi melukis manhua, ada yang mengalami kemerosotan mental serta fisikal dan ada juga yang mati katak.

Golongan yang membangkit dalam tempoh ini adalah kumpulan Red Guard yang menghasilkan “Manhua Memberontak”. Manhua sedemikian adalah bertujuan untuk berkhidmat demi “Fikiran Mao ZeDong”. Kebanyakan karya ketika itu adalah hasil rakyat umum. Tekniknya adalah kasar dan tidak mantap sedahulu dan nilai keseniannya adalah amat rendah.

penang asia comic cultural museum

Oktober 1976 sehingga kini

Selepas tamatnya Revolusi Kebudayaan, golongan pelukis manhua telah bermuhasabah diri terhadap insiden karut dan pelik yang berlaku ketika revolusi tersebut selain meneliti kesalahan “Empat Sekawan”.

Pada Januari 1979, bahagian kesenian People’s Daily telah menerbitkan edisi tambahan “Sindiran dan Humor”. Fokus utama penerbitan adalah tentang lukisan humor, puisi sindiran, prosa dan lain-lain. Kemuncak pencetakan adalah sebanyak 1.3 juta buah akhbar.

Pendekatan “pembaharuan terbuka” oleh Deng XiaoPing telah memperkembangkan bidang manhua secara tidak langsung. Pelbagai jenis hasil lukisan yang baru telah berkembang dengan pesat tanpa sebarang halangan. Antara contohnya termasuklah manhua potret, manhua humor, lukisan sindiran masyarakat, manhua sentimental, lukisan bersiri, manhua berita, manhua sejarah, manhua antarabangsa, manhua berdakwat, manhua kanak-kanak, manhua sains popular dan manhua rangkaian internet.

China Artists Association Cartoon Committee telah ditubuhkan di Beijing pada November 1985. Bermulanya tahun 1988, jawatankuasa tersebut telah mewujudkan Anugerah Monyet Emas untuk menghargai sumbangan pelukis manhua. Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi bagi semua pelukis manhua China.

China turut mementingkan kajian mengenai teori dan sejarah perkembangan manhua selain mengkaji tokoh pelukis manhua sejak dahulu.

Pelukis manhua China yang cemerlang telah mula menampilkan diri di arena antarabangsa. Pelbagai anugerah telah diperoleh mereka di peringkat antarabangsa dan pencapaian pelukis manhua China adalah amat memberangsangkan.

Post a comment