KOMIK BERSIRI HONG KONG

Sejarah komik Hong Kong bermula sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu sewaktu penubuhan “Persatuan Komik” oleh sekumpulan pelukis komik Shanghai. Ahli persatuan tersebut termasuklah Zhang GuangYu, Zhang ZhenYu, Wang DunQing, Huang WenNong, Lu ShaoFei, Ye QianYu dan lain-lain.

“Komik Hong Kong” yang dihasilkan oleh Huang FengZhou pada tahun 1929 merupakan bahan komik pertama yang menggunakan nama Hong Kong.

Surat khabar terawal Hong Kong, “Mingguan Komik” adalah diterbitkan oleh “Industrial Daily News” dan editornya ialah Chen YiQing.

penang asia comic cultural museum

Pencetusan Perang Dunia Kedua menyebabkan banyak pelukis komik berpindah dari Guang Zhou ke Hong Kong. Atas seruan dan inisiatif Ye QianYu, cawangan Hong Kong bagi National Association of the Comics Artists telah ditubuhkan bersama dengan Zhang GuangYu, Zhang ZhengYu, Hu Kao dan Ding Cong. Persatuan tersebut telah menganjurkan satu pameran lukisan besar-besaran pada tahun 1939. Tema pameran tersebut adalah “Lawan”. Terdapatnya 30 orang pelukis komik yang menyertai pameran tersebut. Sebanyak 30 ribu orang telah mengunjungi pameran tersebut dalam masa 4 hari.

comics in hk

Zhang GuangYu

Hong Kong telah berpulih semula selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Pelukis komik, Huang XinBo telah menyeru orang ramai supaya menyertai “Persatuan Lukisan Insan” dan menerbitkan “Kini Zaman Komik” demi menentang situasi rasuah dan ketidakcekapan kerajaan KuoMinTang. Penubuhan China baru pada tahun 1949 telah menyebabkan ramai pelukis kembali ke Shanghai dan Guang Zhou.

comics in hk

“Kini Zaman Komik” (1934)

Penerbitan komik mingguan oleh “Sing Tao Daily” dan “Overseas Chinese Daily News” telah mencungkil bakat pelukis komik secara implisit. Disebabkan kehabisan stok buku lukisan bersiri, penyewa dan penjual buku komik telah meminta orang Hong Kong untuk melukis serta menghasilkan buku sendiri dan maka generasi pertama pelukis komik Hong Kong telah dilahirkan. Pelukis komik seperti Zheng JiaZhen, Lee Fan-Fu, dan Li Qing telah berusaha bersama untuk menghasilkan majalah komik Hong Kong pertama yang dikenali sebagai “Dunia Komik”.

Karya komik yang lebih popular kemudiannya seperti “My Son A-Chang” oleh Yuen Po-Wan telah digubah sebagai filem dan telah menjadi karya awal termasyhur bagi Bruce Lee.

Awal tahun 1960-an, kerajaan Asia Tenggara telah melarang kemasukan bahan bacaan China untuk menentang komunis. Bahan komik seperti lukisan bersiri turut dilarang daripada dibawa masuk. Hui KunMan telah menggunakan cara lukisan bersiri Amerika Syarikat untuk menerbitkan “Uncle Choy”. “Uncle Choy” telah menerangkan kisah perjuangan menentang tentera Jepun dan penjualannya adalah amat laris ketika itu.

Terdapatnya banyak karya komik yang amat terkenal pada masa itu. Antaranya termasuklah “Da Kou He” oleh Li Fan-Fu, “Scout” oleh Ng Gei-Ping, “Old Master Q” oleh Wang Ze, “Inspektor Kelly” oleh Sung Sam-Lung, “Mister Wang” oleh Xu Yu’an dan “Sugardaddy, Cowboy dan Senior Missy” oleh Wong Sze-Ma.

penang asia comic cultural museum

Selepas Perang Dunia Kedua, kadar kelahiran telah meningkat dan populasi penduduk turut bertambah. Demi memenuhi permintaan pasaran, terdapatnya karya komik yang berbagai-bagai di dalam bidang komik. Antaranya termasuklah komik hantu, komik gadis, komik kuno serta komik cereka sains.

Shaw Brothers telah menggubah karya novel kung fu Liang YuSheng dan Jin Yong sebagai filem. Filem kung fu aksi amat diminati. Kemudiannya komik aksi kung fu dihasilkan dan turut mendapat sambutan yang hangat.

penang asia comic cultural museum

Karya terjemahan komik Jepun telah mendominasikan pasaran pada awal tahun 1970-an. Keadaan ini telah memberikan tekanan dan persaingan kepada pelukis komik Hong Kong.

Pada masa yang masa, dasar penjajah British yang tidak adil serta perbezaan kelas yang ketara dalam kalangan masyarakat telah menyebabkan golongan bawahan berjuang demi keadilan masyarakat. Situasi sebegini telah melahirkan wira bangsa, Bruce Lee secara tidak langsung.

comics in hk

komik “Bruce Lee”

“Bruce Lee” oleh SheungKun SiuPo dan “Little Vengabonds” oleh Tony Wong amat laris dalam penjualannya ketika itu. Lukisan komik bersiri bertemakan aksi kung fu sedemikian sangat popular lantaran ia menyebarkan mesej bersolidariti bersama golongan bawahan.

Selain buku komik aksi kung fu, terdapatnya juga buku yang berunsurkan lucah seperti “Club Girls” dan “Nightclub” di dalam pasaran. Hal ini telah mendapat tentangan masyarakat kerana situasi tersebut semakin bermaharajalela.

comics in hk

“Little Vagabonds”

Pada Oktober 1975, pihak legislatif Hong Kong telah meluluskan “Tatacara Bahan Kelucahan” untuk menapis buku komik yang terdapat di dalam pasaran. Tony Wong telah melancarkan kempen mendisiplinkan diri sendiri untuk memastikan kandungan komik tidak merangkumi unsur kelucahan dan keganasan. Karya komik yang bernama “Little Vengabonds” turut diubah kepada nama “Dragon Tiger Gate”.

Demi mengubah format buku komik, lukisan bersiri panjang telah diterbitkan di dalam surat khabar. Tony Wong telah mengasaskan dua akhbar harian komik yang bernama “Sang Po” dan “Golden Po”. Akhbar komik sedemikian telah membekalkan ruang perkembangan kepada pelukis komik Hong Kong di samping memupuk bakat pelukis komik yang muda.

comics in hk

Berbeza dengan pelukis komik yang lain, Tony Wong yang lebih berminda komersial telah mengembangkan perniagaan komik yang berkaitan selain penghasilan buku komik. Beliau telah berkecimpung dalam usaha pencetakan, pemisahan warna, penerbitan majalah serta akhbar mengenai hiburan. Tony Wong turut mempelawa pihak persaingannya seperti SheungKun SiuPo serta SheungKun SiuWai Brothers dengan gaji lumayan untuk menyertai syarikat penubuhannya. Pada tahun 1984, boleh dikatakan bahawa Tony Wong telah menggabungkan kesemua pelukis komik Hong Kong di bawah Jademan. Beliau telah memperoleh gelaran “Godfather” bagi bidang komik Hong Kong.

Jademan tidaklah statik dan sentiasa berivonasi dalam pengendalian urusan komik. Selain mengagihkan kerja prosedur melukis secara sistematik, pelbagai langkah pragmatik telah diambil untuk menjanakan perkembangan bidang komik. Antaranya merangkumi pelatihan individu dalam penulisan skrip, usaha storyboard, draf pelukisan, pendakwatan lukisan, penggambaran latar sebenar, pengendalian teknikal seperti suasana, baju, rambut, garis kesan (effect line), dan versi warna (colour version). Langkah sedemikian telah sekaligus meningkatkan kualiti visual lukisan bersiri di samping merancakkan produktiviti organisasi.

comics in hk

Reaksi positif daripada orang awam telah mendorong Tony Wong untuk memasukkan Jademan ke dalam senarai pasaran saham “The Stock Exchange of Hong Kong”. Ia merupakan syarikat komik pertama yang disenaraikan dalam pasaran saham.

Pada tahun 1983, karya Ma Wing-Shing “Chinese Hero” telah diterbitkan sebagai buku komik dan mendapat sambutan hangat. Dari naratif cerita sehingga teknik melukis, Ma Wing-Shing telah berusaha bersungguh-sungguh dan pernah mencatatkan rekod penjualan tertinggi iaitu sebanyak 2 juta buku. “Chinese Hero” telah digubah menjadi filem dan drama bersiri.

Namun, keadaan monopoli oleh Tony Wong tidak berlarutan panjang. Pelbagai pelukis komik yang terkenal seperti SheungKun SiuPo, Fung ChiMeng, Hon Meng dan Ma Wing-Shing telah menubuhkan syarikat masing-masing dan bersaing dengan Tony Wong.

comics in hk

Pada tahun 1994, Ocean Creative menerbitkan karya komik bersiri “Pendekar Laut” yang ditulis dan dilukis oleh Wan Yat Leung dan Tang Chi Fai dalam bentuk buku komik dan media baru. Dengan corak pelukisan baru yang merangkumi unsur-unsur cereka sains, aksi kung-fu, kemahiran pertahankan diri dan falsafah kemanusiaan, “Pendekar Laut” menemui jalan pembaharuan dan mendapat sambutan hangat.

Karya komik Ma Wing-Shing amatlah termasyhur di rantau Asia. Beliau pernah menganjurkan pameran lukisan di beberapa negara pada tahun 2001. Permainan online yang diperkenalkan pada tahun 2004 telah merancakkan perkembangan lukisan bersiri. Filem animasi “Storm Riders Clash of the Evils” dan “Pedang Setiawan” telah ditayangkan pada tahun 2008 dan 2009. “Storm Riders Clash of the Evils” telah mencatatkan rekod tayangan yang cemerlang di China. Ketika waktu kemuncak “Pedang Setiawan”, Ma Wing-Shing telah berkeputusan untuk menamatkan kisah bersiri panjang tersebut yang telah berlangsung selama 24 tahun. Edisi terakhir adalah pada Januari 2015. Draf lukisan komik asal telah dipamerkan di tempat asas animasi Hong Kong untuk menandakan tanda penghargaan akhir bagi “Pedang Setiawan”.

comics in hk

Cara operasi Jademan yang mengamalkan kaedah produksi secara sistematik dan besar-besaran sebenarnya merupakan sebuah pedang bermata dua yang membawa kebaikan dan keburukan juga. Walaupun prosedur melukis yang sistematik dan profesional boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti lukisan, namun ia tidak boleh memupuk bakat seseorang pelukis komik yang seharusnya ada.

Corak pelukisan Ma Wing-Shing yang pragmatik telah meningkatkan tahap kesenian komik Hong Kong secara lumrah. Namun kaedah beliau telah diciplak oleh generasi muda. Hal ini menyebabkan kesemua corak pelukis komik Hong Kong kemudiannya adalah lebih kurang sama dan tidak menampilkan kelebihan dan keunikan pelukis komik masing-masing.

Revolusi media baru, situasi cetak rompak bahan komik yang bermaharajalela serta kepelbagaian pilihan hiburan menyebabkan pembacaan komik tidak lagi menjadi tren utama bagi generasi muda kini. Lukisan bersiri bertemakan aksi kung fu Hong Kong tidak lagi popular dan diminati seperti dahulu.

Bidang komik Hong Kong telah mengalami zaman yang berbeza, dari arus utama sehingga arus sampingan. Sekiranya berjaya menemui jalan pembaharuan dalam dilema ini, nescaya bidang komik Hong Kong pasti akan mencapai kemuncak sekali lagi.

comics in hk

Nama asal Tony Wong (tahun 1950 sehingga kini) merupakan Wong Jan-Lung. Nama pena asal beliau ialah Wong Yuen Sang. Selain merupakan pelukis komik Hong Kong yang terkenal, Tony Wong ialah “Godfather” dalam bidang komik Hong Kong. Tony Wong turut mengasaskan syarikat penerbitan terbesar di Hong Kong iaitu “Jademan Holdings” (nama kini ialah “Culturecom Holdings Ltd”) serta “Jade Dynasty Group Ltd.”.

Komik yang diterbitkan bukan sahaja diminati di kawasan Hong Kong, malah ia turut disambut baik di kawasan seperti Asia Tenggara, Taiwan dan China. Bentuk rekaan serta cara pelukisan komik Jepun telah dibawa masuk oleh Tony Wong dengan menggabungkannya dengan pelukisan bersiri tradisional China. Hal ini telah memulakan zaman baharu bagi komik Hong Kong.

penang asia comic cultural museum

Sebelum ekonomi berkembang, kehidupan lumrah rakyat jelata Hong Kong adalah amat susah. Kandungan dan pencetakan buku komik untuk golongan dewasa dan kanak-kanak adalah dihasilkan secara kasar dan tidak berkualiti. Setiap komik hanya dijual 2 sen. Pendapatan pelukis komik tidaklah tinggi dan maka kedudukan mereka dalam golongan pengetahuan adalah dipandang rendah.

Dalam suasana budaya ini, Tony Wong telah melibatkan diri dalam bidang komik Hong Kong.

Tony Wong dilahirkan di JiangMen, GuangDong, China pada tahun 1950. Beliau telah menetap di Hong Kong sejak berumur 6 tahun dan mula mengenali komik melalui “Sing Tao Daily”. Karya pertamanya yang dihasilkan ketika berumur 10 tahun adalah diterbitkan pada “The Chinese Student Weekly”.

tony wong

Pada tahun 1963, Tony Wong telah mula berkecimpung dalam arena komik sejak berumur 13 tahun. Beliau telah meminjam 1000 Hong Kong Dollar daripada ayahnya untuk menerbitkan komik “Dunia Lawak”. Ini merupakan penciptaan pertama Tony Wong. Selain mengedit, melukis serta mencetak, Tony Wong bersama dengan abangnya telah mengayuh basikal ke merata-rata gerai surat khabar untuk mempromosikan karyanya.

Walaupun berusaha gigih, namun “Dunia Lawak” telah dihentikan penerbitan selepas 5 edisi. Setahun kemudian, Tony Wong telah berkongsi telah rakannya untuk menerbitkan “Comics Entertainment Post”, “Amazingly Comics Daily” dan “Lok Seng Comics Daily”.

Pada tahun 1967, Hong Kong telah berlaku “Rusuhan 67”. Pasaran secara keseluruhan amatlah meleset. Tambahan pula, penayangan televisyen TVB yang percuma mula diwujudkan. Perhatian orang ramai telah ditarik daripada komik kepada televisyen dan hal ini menyebabkan penjualan komik menurun dengan drastik. Sekali lagi Tony Wong gagal dalam penerbitan komiknya. Nasib malang yang menimpa berkali-kali bukan sahaja tidak melemahkan keyakinan Tony Wong, malah ia telah membantunya untuk menimba pengalaman yang diperlukan dalam penerbitan komik.

tony wong

Tony Wong telah mula menunjukkan bakatnya pada tahun 1968. Karyanya seperti “The Son of Ultraman”, “Little Snake King”, “The Foolish Immortal” dan “Judo Kid” telah diminati oleh orang ramai.

Nama pena asal beliau ialah Wong Yuen Sang. Atas cadangan Ting SiuHiong iaitu bos syarikat penerbitan, beliau telah bertukar nama kepada “Wong Yuk Long” yang lebih dikenali sebagai Tony Wong. Karya pertamanya yang diterbitkan melalui nama pena Tony Wong adalah “The Son of Ultraman” yang merujuk kepada Ultraman Jepun.

Pada tahun 1969, Tony Wong telah menubuhkan “Diamond Publishing Company” untuk terus berusaha dalam karier komiknya. Persekitaran ekonomi masyarakat ketika itu telah memberikan ilham kepada Tony Wong untuk menghasilkan “Little Vagabonds” yang mengisahkan cerita ahli kung fu melawan pihak kongsi gelap. “Little Vagabonds” yang dihasilkan pada Disember 1969 telah menjadi terkenal dan penjualannya amat laris. Jumlah penjualannya telah melebihi buku komik ciplak Jepun dan menjadi juara penjualan dalam kalangan buku komik bersaiz kecil.

tony wong

Pada tahun 1970, Tony Wong telah mengukuhkan kedudukannya dalam bidang komik Hong Kong dengan karyanya “Little Vagabonds”.

Lantaran kehangatan filem Bruce Lee yang bertemakan aksi kung fu, penjualan “Little Vagabonds” amatlah positif. Dalam tempoh tersebut, Tony Wong telah berusaha untuk meningkatkan kualiti lukisan. Contohnya ukuran “Little Vagabonds” telah diubah dari 32 bab kepada 16 bab untuk mewujudkan lebih banyak ruang kepada pelukisan komik.

Selain itu, teknik kamera filem turut digunakan untuk membanyakkan interaksi visual dan lukisan hitam putih juga ditukarkan kepada warna yang pelbagai. Harganya telah dinaikkan daripada 2 sen kepada 6 sen. “Little Vagabonds” telah mula menembusi pasaran luar negara. Terdapatnya peminat Tony Wong di kawasan seperti Asia Tenggara dan China Town di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1972, Tony Wong telah menubuhkan “Jademan” untuk memperoleh lebih banyak kebebasan dalam penciptaan karya. Ketika itu, pesaing terbesar “Little Vagabonds” adalah “Bruce Lee” oleh SheungKun SiuPo. Untuk menarik minat pembaca, naratif tentang latar belakang aksi kung fu agak tidak realistik. Namun, sekiranya berbanding dengan filem aksi kung fu, tahap keganasan dan pengisahan pertumpahan darah karya komik tersebut masih boleh diterima oleh orang ramai.

tony wong

Selain “buku komik aksi”, komik yang wujud pada tahun 1970-an turut berkisarkan kelucahan, percintaan luar biasa serta kepercayaan karut. Sesetengah pihak yang kononnya beretika telah mengkritik bahan komik sebagai bahan tidak bermoral. Pada Oktober 1975, kerajaan Hong Kong telah meluluskan “Tatacara Bahan Kelucahan” dan anggota polis telah dihantar ke pelbagai gerai buku untuk tujuan serbuan. Tony Wong telah melancarkan kempen mendisiplinkan diri sendiri untuk meminimumkan unsur keganasan dalam karya komiknya. Karya komik yang bernama “Little Vagabonds” turut diubah kepada nama “Dragon Tiger Gate” untuk membetulkan stereotaip buruk terhadap bahan komik.

Selain itu, Tony Wong telah berkeputusan untuk mengusahakan majalah komik yang seumpama dengan surat khabar. Namun skala penerbitan surat khabar amatlah besar. Sekiranya mengecam bidang akhbar, ia turut membawa maksud mencampuri kebebasan media. Oleh itu, Tony Wong telah mengasaskan dua akhbar harian komik iaitu “Sheng Po” dan “Golden Po ”di samping menerbitkan surat khabar tradisional “Far Eastern Daily”. Langkah tersebut yang berwawasan telah meningkatkan status komik dalam kalangan masyarakat. Hal ini turut merupakan batu asas kepada Tony Wong yang berjaya meluaskan pengaruhnya dalam bidang komik Hong Kong kelak.

Dalam tempoh 10 tahun zaman 1970-an, karya Tony Wong termasuklah “Dragon Tiger Gate”, “Iron Mantis”, “Iron Warrior”, “New Dragon Tiger Gate”, “Stinking Hongkong” dan “Queer Comics”. Malah beliau telah menubuhkan “Yuk Long Filming Company” dan memaparkan “Dragon Tiger Gate” sebagai tayangan filem.

tony wong

Kejayaan “Dragon Tiger Gate” bukan sahaja membawa kekayaan kepada Tony Wong, malah ia telah menggalakkan serta memperkuatkan keazamannya untuk menguasai bidang komik Hong Kong.

Dalam penghasilan komik, Tony Wong akan mementingkan kedua-dua aspek kualiti serta keefisienan penciptaan. Pertamanya, beliau telah mencipta satu sistem pengagihan kerja yang sistematik dan tersusun. Banyak pembantu pelukis komik telah diupah untuk penghasilan kerja masing-masing. Penghasilan komik telah dibahagikan kepada beberapa aspek seperti permulaan draf (melukis asas lukisan), pelukisan kepala (melukis bahagian kepala watak komik), penggabungan badan (melukis badan watak komik), penghiasan kepala (melukis rambut watak komik) dan sebagainya.

Di samping itu, Tony Wong telah menubuhkan pelbagai bahagian tahap akhir penghasilan seperti bahagian pencetakan, pewarnaan, penyertaan tulisan dan mengikat. Mesin pencetakan serta pewarnaan yang baru turut dibeli dan hal ini telah meningkatkan mutu bahan penerbitan Hong Kong dalam masa beberapa tahun. Selain sektor komik, pelbagai production line profesional yang dimiliki oleh Tony Wong turut membolehkan beliau untuk mempelbagaikan penerbitannya dengan menghasilkan majalah dan akhbar yang berkaitan seperti “Fresh Weekly”, “Silver Screen Daily”, “Financial Times”, “Tin Tin Daily News”, “New Times”, “Discovery Magazine”, “Jademan TV”, “Star TV”dan lain-lain. Pada tahun 1985, Tony Wong telah mempelawa SheungKun SiuPo untuk menyertai Jademan dan sejak itulah Tony Wong berjaya menguasai bidang komik Hong Kong.

tony wong

Komik yang terdapat di dalam pasaran ketika itu adalah diterbitkan oleh Jademan dan maka Tony Wong telah mendapat gelaran “Godfather” bagi bidang komik Hong Kong. Selepas menguasai bidang komik, Tony Wong mula menterjemahkan karya terkenal seperti “Dragon Tiger Gate”, “Drunken Master” dan “Buddha’s Palm” kepada bahasa Inggeris dengan jenama Jademan Comics. Tony Wong telah cuba untuk menembusi pasaran komik Amerika Syarikat. Namun disebabkan perbezaan minat dan kegemaran, keputusannya dalam bidang komik Amerika Syarikat tidak begitu memberangsangkan.

Pada 12 Ogos 1986, Jademan telah dimasukkan ke dalam senarai pasaran saham “The Stock Exchange of Hong Kong”. Ia merupakan syarikat komik pertama yang disenaraikan dalam pasaran saham. Hal ini telah memulakan zaman kegemilangan bidang komik. Sejak itu bidang komik tidak lagi dipandang rendah. Tony Wong turut dikenali sebagai pelopor utama arena kebudayaan Hong Kong.

Namun bencana pasaran saham pada tahun 1987 telah mendatangkan impak besar kepada Jademan. Lesen syarikat penerbitnya telah digantung, malah Tony Wong telah dipenjarakan lantaran itu. Jademan telah dibeli oleh Sing Tao News Corporation dan ditukar nama kepada “Culturecom Holdings Ltd”.

tony wong

Tony Wong telah dibebaskan dari penjara pada tahun 1993. Sekali lagi beliau bertekad untuk membina namanya dalam bidang komik tempatan.

Pada Ogos tahun tersebut, Tony Wong telah memimpin ratusan pelukis komik seperti Khoo FukLong dan KingHui untuk mengasaskan “Jade Dynasty”. Tony Wong berjaya mengukuhkan asasnya berdasarkan karya “Legend of Emperors”.

tony wong

“Jade Dynasty” telah menghasilkan pelbagai karya seperti “Legend of the Prince 2: Emperor Qin”, “Gate of Ethics and Courage”, “Dragon Tiger the Fifth”, “Dragon Tiger the Fifth V series”, “The Great Sword Master”, “Legend of the Prince: The Raggard Prince”, “001”, “Eight Disciples of the Dragon God”, “Myths from the Armour of God” dan “Hero and Heroins of the Condors”. Selain itu, Tony Wong telah menerbitkan pelbagai koleksi buku seperti “Vanity Dreams of a Billionaire”, “Caged Tiger”, “Legend of the Prince” dan “Legend of the Prince 2”.

Di samping itu, Tony Wong telah memperkenalkan “Laman Web Jade Dynasty” ekoran revolusi media baharu seperti internet. Hal ini penting untuk memudahkan interaksi antara pembaca di seluruh dunia.

Untuk menghadapi zaman internet, Tony Wong telah menjadikan laman web “Jade Dynasty” sebagai KINGCOMICS.COM dan merupakan laman web komik Cina yang pertama. KINGCOMICS.COM yang mula dibuka pada 27 Mac 2000 telah mencatatkan rekod kunjungan sebanyak 27,751,504 kali dalam sehari.

Yang menarik adalah bahawa “Culturecom Holdings Ltd.” yang mempunyai hak cipta “Dragon Tiger Gate” telah mencapai persetujuan dengan Tony Wong pada tahun 2000 untuk mengekalkan hak cipta tersebut dan membolehkannya untuk melukis semula “New Dragon Tiger Gate”.

Pada tahun 2004, Jade Dynasty Group Limited telah disenaraikan dalam senarai pasaran saham “The Stock Exchange of Hong Kong”. Nombornya ialah 0970 dan harga pasarannya adalah sebanyak 2.5 bilion Hong Kong Dollar. Selain mempunyai pasaran komik Hong Kong yang merupakan perniagaan utama, syarikat tersebut turut bekerjasama dengan China Central Television (CCTV) untuk menghasilkan koleksi filem animasi “Little Warrior in God’s Armour”.

tony wong

Pada tahun 2006, “Dragon Tiger Gate” sekali lagi ditayangkan sebagai filem. Pelaburan filem ini adalah sebanyak 50 juta Hong Kong Dollar dan pengarahnya ialah Wilson Yip. Nicholas Tse, Donnie Yen dan Shawn Yue memainkan pelakon yang utama. Filem ini telah disambut baik oleh orang ramai.

Pada tahun 2007, World Outstanding Chinese Foundation telah menyampaikan anugerah “World Outstanding Chinese Award” kepada Tony Wong. Pada tahun yang sama, University of Newcastle telah menganugerahkan Honorary Doctorate kepada Tony Wong untuk menghargai sumbangannya terhadap budaya komik.

Pada tahun 2009, “Little Warrior in God’s Armour” telah diterbitkan dalam saluran kanak-kanak CCTV dan mendapat sambutan hangat. Filem “Little Warrior in God’s Armour” telah ditayangkan ketika tempoh kemerdekaan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Setahun kemudian, “Jackie Chan’s Fantasia” yang merupakan kartun aksi telah mula diterbitkan di saluran kanak-kanak CCTV dan turut mendapat pujian ramai.

Pada tahun 2012, “Hangzhou Jademan Animation Company” telah ditubuhkan. Penubuhan ini merupakan bukti terbaik yang menunjukkan bahawa Tony Wong memandang serius serta rela untuk melabur dalam bidang komik China.

tony wong

Ma Wing-Shing

Tahun 70-an

Ma Wing-shing dilahirkan di Hong Kong pada 16 Januari 1961. Beliau berketurunan ChaoYang, Guangdong dan mempunyai 4 orang adik-beradik. Beliau suka melukis sejak kecil lagi. Ma telah melibatkan diri dalam bidang komik sejak berumur 14 tahun dengan menyertai “Happy Daily” dan belajar daripada SheungKun SiuWai. Karya awalnya termasuklah “Squatters Turbulance”, “Little Tough Guy” dan “Dude Astute”.

Tahun 80-an

Ma telah menyertai Jademan Holdings pada Ogos 1980 dan mula melukis “Chinese Hero: Tales of the Blood Sword” dalam “Golden Daily”. Setahun kemudian ia telah mula diterbitkan dalam karya “Drunken Master” oleh Tony Wong dan memulakan corak lukisan realistik dalam bidang komik.

Tony Wong yang menghargai bakat telah menaikkan jawatan Ma sebagai pelukis utama pada tahun 1982. Karya “Chinese Hero” telah dijadikan sebagai buku komik tunggal dan diterbitkan dua kali seminggu. Karya tersebut amatlah terkenal di mana jumlah penjualan setiap edisi adalah sebanyak 200 ribu buah buku. Ma turut merupakan pelukis utama yang bergaji paling tinggi.

storm riders

Tahun 90-an

Pada Julai 1989, Ma telah meninggalkan Jademan Holdings selepas kontraknya tamat. Beliau telah mengasaskan penerbit Jonesky Limited. Karya penciptaannya “The Two Extremes” telah diterbitkan dalam “Tin Ha Pictorial” dari edisi pertama sehingga keempat. Pada Julai tahun tersebut, beliau telah menghasilkan lukisan komik aksi kung fu bersiri panjang “Pedang Setiawan”.

Penerbitan “Pedang Setiawan” telah berlangsung selama 26 tahun sehingga tahun 2015 dan merupakan juara penjualan bagi seluruh bidang komik Hong Kong. Karya ini turut diterbitkan dalam pelbagai kawasan seperti Hong Kong, China, Thailand, Korea Selatan, Italy, Amerika Syarikat, Taiwan, Macau, Malaysia dan Singapura. “Pedang Setiawan” telah digubah banyak kali kepada pelbagai bentuk seperti filem, novel, persembahan, drama bersiri, animasi dan drama tarian. Karya ini turut dijadikan permainan komputer serta online.

Tahun 2000 dan seterusnya

Selain berperanan sebagai ketua pengarah penciptaan dalam “Tin Ha Pictorial”, Ma telah menghasilkan karya lain seperti “Black Leopard”, “The Heaven Sword and Dragon Saber”, “Hero”, “Heaven Stricken”, “Heroes Shed No Tears”, “Realm of the Warrior Gods”, “Storm Riders II Movie” dan sebagainya.

Bermulanya November 2013, Ma telah menerbitkan “Pedang Setiawan” secara bulanan dan memulakan bab akhir komik tersebut. Akhirnya bab terakhir (edisi ke-675) telah diterbitkan pada 23 Januari 2015. Komik “Pedang Setiawan” yang diterbitkan selama 26 tahun telah ditamatkan dengan berjayanya.

Dari 24 Januari sehingga 1 Feburari 2015, Ma telah menganjurkan “Pameran Episod Terakhir Pedang Setiawan” selama 9 hari di Comix Home Base Hong Kong. Pameran tersebut adalah untuk membolehkan pembaca mengetahui dan mengimbas kembali cerita episod terakhir karya tersebut.

Setelah Ma berkeputusan untuk menamatkan karya komik “Pedang Setiawan”, beliau berhasrat memupuk lebih banyak bakat dalam bidang komik pada masa yang akan datang. Beliau juga merancang supaya membentangkan “Pedang Setiawan” dalam cara pengungkapan artistik yang berlainan.

storm riders

Pada Disember 2014, beliau bekerjasama dengan Hong Kong Dance Company supaya menggabungkan aspek artistik dan budaya popular untuk mempersembahkan drama tarian bertema “Storm Clouds”. “Storm Clouds” berjaya memenangi Produksi Cemerlang (Outstanding Production) dalam anugerah Hong Kong Dance Awards 2015. Muzikal drama “Storm Clouds” juga akan dipersembahkan pada tahun 2016.

Dalam bidang permainan video, setelah “Pedang Setiawan” mencapai kejayaan masing-masing dalam platform “WebGame” dan “MobileGame”, “Pedang Setiawan Online” telah diperkenalkan tidak lama kemudian.

Corak Ma yang realistik dalam pelukisan komik sebenarnya adalah dipengaruhi oleh pelukis komik Jepun seperti Ryoichi Ikegami, Takumi Nagayasu dan Tadashi Matsumori serta pelukis Hong Kong, Chan Chung-shu yang mengasaskan “Studio Des Montagnes”. Kejayaan “Chinese Hero” telah menjadikan corak lukisan realistik sebagai standard am bagi penghasilan karya komik Hong Kong. “Tin Ha Pictorial” yang bercorak sebegini amatlah berjaya dan merupakan contoh kejayaan yang sukar untuk dicapai oleh generasi muda kini.

Post a comment