KOMIK INDONESIA

CERGAM merupakan istilah yang terhasil daripada gabungan 2 perkataan iaitu “Cerita” dan “Gambar” sejak 1960an. Secara harfiah, CERGAM bermaksud cerita bergambar dan melambangkan penerbitan komik di Indonesia.

Sejarah komik Indonesia bermula pada tahun 1931 dengan komik bersiri yang berjudul “Put-On” oleh Kho Wang Gie dan “Mentjari Poetri Hidjaoe” oleh Nasrun A.S.. Kedua-dua komik tersebut telah disiarkan dalam akhbar Sin-Po Newspaper dan Ratoe Timoer Weekly.

Saseo Ono menerbitkan “Papaya Pa`chan” (Pi`chan) dalam akhbar Kana Djawa Sinbun pada tahun 1944 sebagai propaganda kebudayaan Jepun.

Komik bersiri “Sie Djin Koei” (Xue Ren-gui) oleh Siauw Tik Kwie (Otto Swastika) pada mulanya disiarkan dalam Star Weekly dan kemudian diterbitkan sebagai CERGAM apabila mendapat sambutan baik.

Penerbit Melodi banyak mendapat inspirasi daripada komik Amerika seperti Superman, Captain Marvel (Shazam) dan Wonder Woman dan menciptakan watak superhero tempatan seperti Sri Asih, Kapten Kilat, Putri Bintang, Garuda Putih, dan juga watak dalam “jungle adventure” seperti Nina and Djakawana pada tahun 1952.

Dari tahun 1960an hingga 1970an, komik Indonesia dilukiskan dalam pelbagai jenis tema dan kategori seperti wayang tradisional, cerita agama dan sejarah yang dipetik daripada kesusasteraan Ramayana dan Mahabharata.

RA Kosasih merupakan perintis dalam komik wayang tradisional, beliau banyak menghasilkan Wayang CERGAM dan menginspirasikan kartunis yang lain. Wayang CERGAM pertama beliau adalah Burisrawa Merindukan Bulan pada tahun 1952 dan hasil karya beliau masih dicetak semula pada hari ini.

Selain Wayang, beliau juga menghasilkan banyak CERGAM dalam pelbagai genre, iaitu Superhero (Sri Asih), Pengembaraan Perhutanan (Cempaka), Silat (Kujang Emas, Kala Denda), kisah cinta, CERGAM kanak kanak, cerita rakyat dan legenda, lawak jenaka, propaganda, dan sebagainya.

Silat (Pencak Silat) adalah salah satu jenis seni mempertahankan diri yang digemari oleh ramai di Indonesia. Pada tahun 1967, “Si Buta dari Gua Hantu” (The Blind Swordsman from the Cave of Ghost) oleh Ganes TH diterbitkan dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat komik. Kartunis yang popular dalam CERGAM Silat ialah RA Kosasih, Oerip S., Hans Jaladara, Teguh Santosa, Jan Mintaraga, Jair, Mansur Daman, Henky dan sebagainya.

Komik sedemikian selalu dikecam kerana ia membawa kesan buruk kepada kanak-kanak. Maka pihak kerajaan mengharamkan komik sedemikian dan kebanyakan kartunis terpaksa menukarkan pekerjaan sehingga tahun 1967. Ganes TH dan sesetengah kartunis CERGAM melancarkan kempen mendisiplinkan diri sendiri dengan menyerahkan hasil karya mereka kepada pihak polis untuk tujuan penapisan sebelum diterbitkan. 1970an menampakkan perkembangan pesat dan wujudnya banyak bakat kartunis dalam bidang CERGAM.

Institusi pendidikan seperti Universiti Indonesia, Institut Teknologi Bandung dan Institut Kesenian Jakarta berusaha mengadakan pelbagai jenis seminar dan pameran untuk mengembalikan kegemilangan CERGAM.

Pada tahun 1995, Toni Masdiono dan rakannya menciptakan Avatar. Studio lain yang turut memberikan sumbangan kepada adegan komik ialah QN studio, DS (Dwianto Setyawan), Balon, Karpet Biru dan sebagainya.

Pada tahun 1997, pihak Kerajaan mengadakan Pekan Komik dan Animasi Nasional” (National Comic and Animation week) dan pertandingan komik.

Pada tahun 2002, segolongan pensyarah dari Institut Kesenian Jakarta menubuhkan PENGKI (Pengumpul Komik Indonesia, in English Indonesian Comic Colllectors). PENGKI berusaha memupuk ilmu pengetahuan komik dalam kalangan orang muda dan kartunis muda.

Akademi Samali yang diasaskan oleh Hikmat Darmawan, Beng Rahadyan dan Zarky berjaya melahirkan beberapa kartunis muda terkenal seperti Sequen, Spark dan Splash.

Pelbagai komik lama berjaya disemarakkan semula dan dicetakkan semula. Kartunis-kartunis mula diiktirafkan oleh pengusaha komik Amerika Syarikat dan Eropah, dan ditawarkan kerja melukis komik.

Komuniti CERGAM yang pernah mengalami kegemilangan dan kemelesetan, pastinya mantap dan berpengalaman menghadapi era web dan media mudah alih yang penuh cabaran.

Post a comment