KOMIK JEPUN

Asal usul komik, dari segi corak mahupun gayanya, adalah bermula sejak abad ke-6 dalam kalangan sami Buddha Jepun. Lumrahnya Toba Sojo telah diiktiraf sebagai pelopor bidang komik. Karya lukisannya “Scrolls of Frolicking Animals” telah disenaraikan sebagai salah satu aset dalam kalangan 4 aset skrol lukisan (emaki) Jepun.

Ketika zaman Edo pada abad ke-17, para pelukis Kyoto dan Osaka telah melukis sebuah lukisan yang menampilkan badan yang panjang iaitu “toba-e” dan ini telah mencipta gaya pelukisan semasa dan melahirkan corak lukisan “Painting of a Floating World” bagi generasi yang akan datang.

Pelukis “Painting of a Floating World”, Katsushika Hokusai telah menggunakan nama “komik” dalam lukisan “Hokusai Manga”. Pada tahun 1859, terdapatnya pelbagai buku lukisan yang gaya pelukisannya agak ceria dan lucu seperti “Manga Hyakujo” dan “Korin Manga”.

comics in japan

Pengaruh Barat Melanda

Pada akhir abad ke-19, pelukis komik British, Charles Wirgman selaku pemberita khas “London Pictures” telah melawati Jepun dan mengasaskan satu majalah “Japan Punch” yang menyasarkan pembaca luar negara. Majalah tersebut selalu menggunakan unsur humor dan gaya yang berbeza dalam mengkritik isu semasa dan adat budaya. George Bigot telah menerbitkan 3 skrol komik plat keluli yang bertemakan Jepun sewaktu pelawatannya ke Jepun pada tahun 1882. Beliau turut bertanggungjawab dalam karyaseterusnya seperti “Japanese Meiji Satirical Paper” dan koleksi lukisan sindiran “Tobae”.

Zaman Meiji dan Taisho

“Japanese Meiji Satirical Paper” telah memupuk pelukis komik seperti Kiyochika Kobayashi dan Rakuten Kitazawa. Karya komik tersebut dikenali sebagai majalah komentar komik Jepun dan telah diterbitkan sebanyak 1000 buah dalam masa 18 tahun.

Majalah seperti “Berita Lucu”, “Tokyo Puck”, “Jiji-Manga” serta “Berita Lucu Osaka” amatlah popular dan diminati dalam kedua-dua zaman Meiji dan Taisho. Malah “Tokyo Puck” telah mencatatkan keputusan cemerlang selama 4 tempoh kemuncaknya.

Rakuten Kitazawa boleh dikatakan sebagai pelopor komik Jepun zaman kini. Beliau telah mengasaskan majalah komik Puck “Tokyo Elf ” pada tahun 1906.

comics in japan

Zaman Showa

Pada tahun 1923, “Sho-chan No Boken” oleh Katsuichi Kabashima telah berjaya melahirkan idola komik pertama dalam bidang komik Jepun.

Ketika awal zaman Showa, kebangkitan puak romantik dan golongan pekerja miskin merupakan keunikan dalam bidang komik Jepun. Tanaka Hisara dan Ono Saseo telah menjadi terkenal atas pelukisan The Modern Girl dan Masamu Yanase pula merupakan pelopor dalam kalangan golongan pekerja miskin.

comics in japan

Pada abad ke-20 tahun 1930-an, Sako Shishido yang pernah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat telah mencipta karya “Speed Taro” dan memulakan corak komik Amerika Syarikat.

Terdapatnya pelbagai pertubuhan komik yang berbeza tempat dan jenis telah ditubuhkan masing-masing dan bersaing untuk menerbitkan buku tahunan dan majalah di samping menjalankan promosi komersial. Hal ini telah mewujudkan zaman kegemilangan bidang komik Jepun.

comics in japan

Karya “Norakuro” oleh Suiho Tagawa telah diterbitkan selama 10 tahun dan mengisahkan cerita seekor anjing liar yang menjadi anjing tentera. Kandungannya diterangkan dengan cara personification untuk menyebarkan fahaman ketenteraan demi memenuhi permintaan Jepun yang melancarkan perang. Penjualan komik sedemikian adalah amat laris di seluruh negara.

Pada tahun 1934, pelbagai komik telah dihasilkan selain karya komik yang diterbitkan awal lagi. Antaranya termasuklah “Boken Dankichi” oleh Keizo Shimada, komik robot “Tank Tankuro” oleh Gajo Sakamoto, dan majalah remaja “Edokko Ken-chan oleh Ryūichi Yokoyama.

Namun situasi kecemerlangan ini tidak berlarut panjang akibat penyebaran imperialisme Jepun. Bidang komik telah ditumpukan secara paksaan. Penciptaan komik telah menjadi statik dan tidak berkembang ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Disebabkan kekurangan sumber kertas, maka tidak banyak majalah komik yang dihasilkan selepas tamatnya perang. Dengan bermediumkan majalah komik, pelukis komik telah mengkritik dan menyindir perihal masyarakat di samping mengecam kuasa hegemoni kerajaan.

comics in japan

Osamu Tezuka

Pelopor animasi Jepun, Osamu Tezuka telah bangkit dalam zaman tidak tentu ini. Teknik dan kandungan lukisannya adalah baharu dan telah mencipta corak melukisnya yang unik dan istimewa dalam bidang komik Jepun. Penghasilan komik “Shintakarajima” turut mengilustrasikan kebangkitan komik gambar zaman kini. Komik “Sazae-san” oleh Machiko Hasegawa telah diterbitkan dalam tiga buah surat khabar pada tahun 1946. Hal ini turut memulakan zaman komik moden Jepun. Kedua-dua pelukis komik tersebut merupakan pelukis komik Jepun yang cemerlang dan kedudukan mereka adalah disanjung tinggi dalam bidang komik Jepun.

Tahun 1947 adalah detik penting bidang komik Jepun. “Komik Remaja” yang diasaskan kemudiannya merupakan medium yang memupuk bakat pelukis komik baru. Banyak pelukis komik telah dipupuk melalui majalah komik tersebut. Antaranya termasuklah pelukis komik di mana name pena ialah Fujiko Fujio A, Fujiko. F. Fujio, Shotaro Ishinomori, Fujio Akatsuka dan Leiji Matsumoto.

Karya komik “Astro Boy” oleh Osamu Tezuka telah mula diterbitkan pada tahun 1952 dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan bidang komik. Karya tersebut dipaparkan di khalayak ramai sekali lagi selepas 11 tahun. Skrip cerita telah dititikberatkan kali ini dan kesan visual tidak dipentingkan. Corak dan gaya komik animasi Jepun yang mementingkan perwatakan telah diwujudkan. Sejak itulah karya komik yang diminati akan digubah sebagai filem dan drama bersiri.

Pada tahun 1956, “Tetsujin 28” oleh Mitsuteru Yokoyama telah mula diterbitkan dan bersaing dengan “Astro Boy” dalam pasaran komik Jepun.

Gaya lukisan pelukis komik seperti Toshiko Ueda, Miyako Maki dan Eiko Hanamura yang bersifat ceria telah berjaya mengangkat kedudukan komik gadis muda yang hanya diperkenalkan selepas itu. Komik gadis kecil telah mula menonjolkan kelebihannya dalam kalangan pelbagai jenis komik dan mengurangkan keadaan majalah jenis lelaki yang mendominasikan pasaran.

comics in japan

“Nikyu Tenshi” oleh Shotaro Ishinomori, “The Accidental Child” oleh Rokuro Taniuchi, “Fuku-chan” oleh Ryichi Yokoyama dan “Acchan” oleh Okabe Fuyuhiko telah menggunakan bahan topik kanak-kanak yang ceria dan kehidupan keluarga untuk menerbitkan komik masing-masing. Komik sedemikian yang bertemakan kanak-kanak kecil telah disambut baik dan menjadi popular.

Pada tahun 1957, Majalah bulanan Osaka “Shadow” dan “Street” telah diterbitkan dengan nama lukisan bersiri. Pelukis komik yang terlibat dalam usaha penciptaan lukisan bersiri seperti Yoshihiro Tatsumi, Takao Saito Masaaki Sato dan Fumiyasu Ishikawaturut melibatkan diri dalam pengorganisasian studio lukisan bersiri.

Dalam zaman kebangkitan pelukis komik yang berkebolehan ini, Kodansha telah menerbitkan majalah mingguan “Majalah Remaja” dan Shogakukan turut menerbitkan “Ahad Remaja”. Pelbagai komik telah diterbitkan pada masa ini. Hal ini menunjukkan ketibaan zaman komik Jepun yang gemilang. Rekod penerbitan “Majalah Remaja” sebanyak 4.8 juta terbitan telah mendahului majalah mingguan yang lain seperti “Remaja”, “Remaja Sunday”, “Magazine Remaja”. Ini telah mewujudkan satu tren baru untuk memupuk bakat pelukis komik Jepun.

comics in japan

Pada tahun 1959, “Band of Ninja” oleh Sanpei Shirato dan “GeGeGe no Kitaro” oleh Shigeru Mizuki telah diterbitkan dalam komik “Garo” dengan menggabungkan kedua-dua kisah ninja tradisional dan cerita legenda adat resam Jepun dalam komik tersebut. Tokyo Skytree turut dibina pada masa ini. Teknologi televisyen yang canggih dan penonton televisyen yang bertambah banyak telah memulakan zaman cerita komik digubah dan dipaparkan di depan televisyen. Karya yang mencapai keputusan cemerlang termasuklah “Moonlight Mask”, “Astro Boy”, “Tetsujin 28”, “Orang No. 8” oleh Kohan Kawauchi dan “Sennin Buraku” oleh Kojimako. Karya “Ninja” oleh Tomoyoshi Murayama telah memulakan gelombang ninja dalam kalangan bidang komik. Karya “obake no Q-Taro” oleh Fujiko F. Fujio turut mencapai kejayaan dengan plot ceritanya yang mengenai bahan topik cereka sains. Perkembangan lagu tema drama bersiri turut memperkembangkan industri lain yang berkenaan.

Penciptaan komik Osamu Tezuka sejak zaman ini adalah berbagai-bagai jenis seperti pengembaraan, detektif, cereka sains, sejarah, alam semula jadi, perubatan, agama dan falsafah.

Pada tahun 1964, atas seruan Hidezo Kondo, “Persatuan Komik Jepun” telah ditubuhkan dan ahli pertubuhannya adalah sebanyak 497 orang. Pertubuhan tersebut telah mewujudkan “Anugerah Persatuan Komik Jepun” pada tahun 1972 dan penerima anugerah adalah dipilih oleh para pelukis komik. Anugerah sebegini adalah berlainan dengan anugerah lain yang disediakan oleh penerbit di mana ia merupakan anugerah tertinggi yang diiktiraf dalam kalangan bidang komik.

comics in japan

Sepanjang 10 tahun ketika zaman tahun 1970-an, penulis bidang lain telah diimport masuk untuk menguruskan bahagian kandungan komik demi memenuhi permintaan tinggi masyarakat terhadap penciptaan komik. Kaedah sedemikian turut membolehkan pelukis komik untuk meningkatkan kualiti pelukisan komik.

Terdapatnya banyak penulis yang berjaya mencipta nama dalam bidang komik. Antara mereka termasuklah Kazuo Koike, Ikki Kajiwara, Jiro Gyu dan Keisuke Fujikawa.

comics in japan

Shueisha telah mengasaskan “Weekly Jump Magazine” pada tahun 1968 dan berjaya memupuk generasi pelukis komik baru yang humor serta mahir dalam penciptaan plot untuk mara ke tahun 1980-an. Boleh dikatakan bahawa terdapatnya separuh dalam kalangan pelukis komik tersebut yang dilahirkan daripada “Weekly Jump Magazine”. Shotaro Ishinomori pernah mencapai beberapa kejayaan yang diingati sehingga kini seperti penciptaan karya “Masked Rider” pada tahun 1971. Perwatakan hero penunggang yang bertopeng muka serangga merupakan kisah legenda sehingga sekarang.

Komik gadis muda telah mula muncul pada tahun 1960-an sehingga 1970-an. Karya yang cemerlang adalah seperti “Nana to Lily” oleh Machiko Satonaka, “Nakuna Parikko (don’t cry, Parisienne)” oleh Chieko Hosokawa dan “Mary Lou” oleh Yoshiko Nishitani.

Dari tahun 1975 hingga 1990, karya penciptaan komik yang bermutu tinggi adalah “11 Orang” oleh Moto Hagio dan “The Star of Cottonland” oleh Yumiko Oshima. “Crest of the Royal Family” oleh Chieko Hosokawa serta “Glass Mask” oleh Suzue Miuchi turut mendapat sambutan dalam kalangan pembaca komik. Ketika itu, “Doraemon” oleh Fujiko F. Fujio dan “Galaxy Express 99” oleh Leiji Matsumoto telah dihasilkan. “Tsurikichi Sanpei” oleh Takao Yaguchi dan karya “I’m Teppei” oleh Tetsuya Chiba juga amat terkenal.

Akira Toriyama telah mula menerbitkan “Dr Slump” yang dikenali sebagaii “Arale Norimaki” lumrahnya sejak tahun 1979. Bagi karya ini, nama “Profesor IQ” telah tersebar di luar kawasan Jepun disebabkan bahan komik ciplak.

comics in japan

Pada tahun 1982, “Nausicaä of the Valley of the Wind” telah mula diterbitkan oleh Hayao Miyazaki. Pelukis komik, Yoshikazu Yasuhiko amatlah unik dalam gaya pelukisannya dengan berus pen.

Selain itu, Ryoichi Ikegami, Takumi Nagayasu, dan Tsukasa Hojo telah memilih cara lukisan halus yang menerangkan suasana dan latar belakang Jepun. Karya sebeginilah yang paling banyak dirujuk oleh pelukis komik bersiri Hong Kong. Dalam tempoh tersebut, “Kinnikuman” oleh Yudetamago yang bertemakan perlawanan gusti telah terkenal. Karya oleh Tetsuo Hara, “Hokuto Shinken” yang berkisarkan keganasan dan pertumpahan darah turut diminati.

Nama pelukis komik Katsuhiro Otomo telah termasyhur dalam bidang komik dengan karyanya seperti “A Gun Report” dan “Domo: A Child’s Dream”. Pada tahun 1983, “Domo: A Child’s Dream” telah memperoleh “Anugerah SF Jepun Ke-4”. Buat julung kali pelukis komik telah memperoleh anugerah tersebut. Selepas tahun 1983, karya “Akira” yang bertemakan perihal merosakkan segala telah ditumpukan perhatian dalam bidang komik.

comics in japan

Karya “Touch” dan “Miyuki” oleh Mitsuru Adachi pula merupakan karya penciptaan yang paling menarik perhatian dalam kalangan komik remaja. “Kodoku no Gourmet” telah mendahului komik pemuda dan diikuti oleh pelbagai komik makanan yang diterbitkan kemudiannya.

Rumiko Takahashi merupakan pelukis komik perempuan yang agak cemerlang dalam zaman tersebut. Karyanya seperti “Urusei Yatsura” dan “Ranma ½” telah mendapat sambutan baik di dalam mahupun luar negara. Dalam kalangan komik gadis muda, “Candy Candy” yang berunsur comel dan manis telah disambut baik oleh orang ramai. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan komik gadis muda kemudiannya telah menciplak cara penerbitannya.

comics in japan

Pada awal zaman 1990-an, “Weekly Jump Magazine” dijual dengan laris sekali lantaran daya tarikan “Dragon Ball” oleh Akira Toriyama. Bahan topik orang dewasa seperti “Manga Nippon Economics Guide” dan “Sejarah Komik Jepun” oleh Shotaro Ishinomori, “Comic Story Yoshida School” oleh Takao Saito serta “Kacho Kosaku Shima” oleh Kenshi Hirokane telah disambut hangat dalam kalangan komuniti perniagaan dan kelas pertengahan.

Pada akhir abad ke-20, cerita komik Akira Toriyama telah tidak menjadi tren utama dan kian tidak disambut baik. Karya “Hunter” oleh Yoshihiro Togashi telah menggantikan bahan komik yang disebut tadi. Karya beliau, “Buttobi Straight” telah diiktiraf dengan Anugerah Osamu ke-34. Karya termasyhurnya termasuklah “Yu Yu Hakusho”, “Ten de Showaru Cupid”, “Level E”, dan “Super Hunter”.

comics in japan

Gosho Aoyama

Bermulanya abad ke-21, penerbitan komik telah menunjukkan tren menurun akibat perkembangan permainan video dan revolusi internet. Namun masih terdapatnya karya komik yang tetap mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran komik dunia. Antaranya termasuklah “One Piece” oleh Eiichiro Oda, “Detective Conan” oleh Gosho Aoyama, “Naruto” oleh Masashi Kishimoto, “Fullmetal Alchemist” oleh Hiromu Arakawa.

Bidang komik Jepun, dari pencetakan asal sehinggalah animasi, filem, permainan, model dan permainan online, telah mempunyai asas ekonomi dan budaya yang kukuh. Langkah yang memupuk bakat pelukis komik baharu masih dijalankan dari semasa ke semasa. Penciptaan bahan kandungan komik masih diteruskan. Tambahan pula, idea yang berinovasi dalam menerokai sektor komik tidak pernah tandus. Oleh itu, masa depan bidang komik adalah cerah dan akan terus berkembang seiring dengan peredaran masa.

comics in japan

Post a comment