KOMIK KOREA SELATAN

Lukisan batu dan lukisan dinding kubur pada zaman purba merupakan aset penting untuk membuktikan sejarah perkembangan lukisan Korea. Lukisan dinding sebegini yang tua dan bersejarah adalah berlarutan sehingga kemunculan “Nobility” pada abad pertengahan ke-18 dan akhirnya wujud komik empat petak pada zaman ini.

“Nobility” merupakan lukisan bersiri yang berlandaskan cerita sebenar. Kebanyakannya berpetak empat ataupun lapan dan digunakan untuk mengilustrasikan kisah hero manusia ataupun binatang.

comics in korea

Pada akhir abad ke-18, telah wujudnya lukisan landskap serta lukisan adat resam yang menerangkan kehidupan seharian rakyat jelata di Korea. Sesungguhnya lukisan adat resam adalah berbeza dengan lukisan tradisional di mana ia telah mengumpulkan senario tempat permainan rakyat jelata serta penggambaran kehidupan golongan bangsawan yang tidak bermoral. Aliran lukisan ketika itu bolehlah dibahagikan kepada dua jenis. Pertamanya, aliran lukisan Kim Hong-Do yang mengutamakan golongan petani lelaki. Keduanya, aliran lukisan Shin Yun-bok yang berkisarkan hubungan percintaan perempuan.

Karya yang dihasilkan pada akhir zaman Korea Utara adalah berasal daripada ajaran Buddha. Antaranya termasuklah “Cruising the Three Rivers”, “Five Royale Etiquettes”, “Propriety and Sorrow Rites” dan “Pilgrimage of Confucius”. Ia merupakan bahan buku yang menerangkan aspek etika dan moral serta budaya sains. Karya sebegini turut mengilustrasikan interaksi budaya komik antara Korea dengan China.

Sejak pemerintahan penjajah Jepun, budaya bangsa Korea telah ditekan dan segala surat khabar Korea telah diharamkan sejak tahun 1910. Bidang komik langsung tidak berkembang ketika itu. Selepas tahun 1920-an, kempen kemerdekaan bangsa Korea berjaya membuka ruang pembebasan dalam aspek budaya. “Dong-A Ilbo” yang dimiliki oleh penjajah Jepun telah mula menerbitkan karya “The Story of Art” oleh Kim Dong-Seong. “Chosun Ilbo” telah diberikan lesen penerbitannya pada tahun 1924 dan menerbitkan karya No Su-Hyeon. Karya tersebut telah digubah menjadi filem. Dalam 20 tahun selepas ini, banyak pelukis komik telah dilahirkan.

Pada tahun 1925, An Seok-Ju telah mencipta pelbagai karya komik seperti “The Extreme Adventures”, “The Day of a Fool”, “The Incredible” dan “Kid on Horseback”.

comics-in-korea-Expression-of-chosun

Selain itu, terdapatnya juga karya “Street Views” dan “Old Fool” oleh Lee Gap-Gi serta “World Tour of The Strongest Man” oleh Hwa Seok.

Park Cheon-Seok telah menghasilkan karyanya “Escapades of Bok Dong-Gun” dan “Six Friends” pada tahun 1927. Terdapatnya banyak karya komik yang memperkayakan bidang ini dalam tempoh tersebut. Antara karya tersebut adalah seperti “Legend of Jun Heang” dan “Small kid” oleh Kim Gyu-Taek, “Careless Mister” dan “Dumb Guy” oleh Choi Yeong-Su, serta “Streets of Gloom at Twilight” dan “The Expressions of North Korea” oleh Lee Sang-Beom.

Selepas perang tahun 1945, Korea baru memperoleh kemerdekaan dan kebebasan bersuara mula dipertahankan. Pelukis komik telah mengatasi kekangan pemerintahan Jepun untuk menunjukkan bakat melukis masing-masing. Gelombang komik yang pernah ditindas oleh penjajah telah dihidupkan semula. Pelbagai surat khabar dan majalah telah mula diaktifkan semula. Kedua-dua pelukis komik, Kim Gyu-Taek dan Kim Yong-Hwan telah digelar sebagai 2 tonggak utama bidang komik Korea. Sumbangan mereka dalam zaman ini telah mengukuhkan asas bidang komik kini.

Pada tahun 1948, majalah “Comics March” telah diterbitkan semula dengan pencetakan sebanyak 16 muka surat berwarna. Namun ia telah dihentikan penerbitan selepas 2 edisi. Perang antara Korea Selatan dengan Utara telah mendatangkan impak besar terhadap bidang komik.

comics march

“Comics March”

Pada tahun 1952, bidang komik telah menerbitkan pelbagai bahan komik yang bermuka surat 16 helaian yang bertemakan isu semasa dan peperangan.

Sesungguhnya pernah wujudnya satu persaingan sementara yang sengit antara pelbagai majalah komik pada tahun 1954. Namun berpuluh-puluh majalah komik yang wujud selepas itu telah dihentikan penerbitan tanpa melebihi setahun. Kemudiannya “Happy Old Man” oleh Kim Seong-Hwan telah buat julung kali diterbitkan dalam “Dong-A Ilbo” dan memulakan kehangatan komik bersiri Jepun. Jualan surat khabar yang laris telah membantu pelukis komik untuk mengukuhkan asas golongan pembaca.

Pada akhir tahun 1950, buku komik tunggal telah diwujudkan semula. Para pelukis komik telah bersaing demi menghasilkan karya masing-masing. Pada waktu kemuncak ini, terdapatnya 250 jenis buku komik tunggal yang boleh dijumpai dalam pasaran komik Korea.

Jualan dan kualiti karya komik tempatan Korea telah menurun akibat keleluasaan bahan ciplak komik Jepun. Upah melukis amatlah rendah sehingga pelukis komik tiada keazaman lagi untuk terus mencipta. Bahan komik yang bermutu rendah dan menyebarkan unsur keganasan serta kelucahan mula berleluasa sejak itu. Demi meningkatkan persaingan dan memaksimumkan keuntungan, penerbit komik telah menggunakan kertas bermutu rendah untuk pencetakan.

Walaupun terdapatnya pelukis komik serta penerbit yang menjalankan kempen mendisiplinkan diri pada tahun 1961 serta menubuhkan “Persatuan Disiplin Komik Kanak-kanak” untuk memeriksa dan menapis bahan komik yang sedia ada, namun gejala komik yang tidak beretika tetap bermaharajalela. Pada tahun 1967, majalah komik seperti “Friends Abreast” dan “Comics World” telah diasaskan dan berusaha dalam menghasilkan bahan komik yang sihat serta memberikan cadangan untuk membidas “6 Gejala Masyarakat”. Sehinggalah tahun 1970, Jawatankuasa Etika Kanak-kanak telah menyertai Korea Publication Ethics Commission untuk menulenkan bahan komik kanak-kanak. Kesan positifnya mula wujud selepas itu.

comics in korea

Cerita komik Jepun telah mula dihangatkan dalam surat khabar sejak tahun 1970 dan dipopularkan dalam kalangan orang ramai. Karya “Lim kkeok jeong”, “Water Margin” dan “Samgukchi” telah diminati dan kemudiannya diterbitkan sebagai buku komik tunggal.

“Stone Shed” oleh Park Su-Dong dan “Lust Entanglement” oleh Kang Cheol-Su telah melancarkan zaman kegemilangan komik orang dewasa. Bahan komik yang berunsur kelucahan dan keganasan mula muncul. Penerbit Korea yang bertanggungjawab dalam urusan etika dan moral telah menetapkan peraturan etika bagi komik untuk menapis kandungan komik serta memulakan kelas latihan etika komik yang pertama. Terdapatnya banyak gosip dalam kalangan komik orang dewasa terutamanya dalam keadaan di mana bahan ciplak komik Jepun amat berleluasa.

Berdasarkan statistik penerbitan tahun 1974, jumlah penerbitan komik kanak-kanak adalah sebanyak 8500 jenis. Namun jumlah jualannya hanyalah 12 juta booklet. Sebaliknya komik orang dewasa yang hanya mempunyai 100 jenis telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 5 juta booklet. Sekiranya dibandingkan, jumlah jenis yang terdapat dalam kalangan komik remaja adalah dua kali ganda lebih daripada komik orang dewasa. Jumlah penjualan komik remaja hanyalah 100 ribu booklet sahaja.

comics in korea

Pada tahun 1975, Persatuan Komik Korea telah menjalankan interaksi budaya dengan pertubuhan komik Jepun. Pada masa yang sama, karya “Theory of Children Comics” oleh Lee Jong-Hyeon, “Production Techniques in Comics” oleh Park Gi-Jun dan “The Influence of Comics on Children” oleh Baek Eun-Hyeon telah dihasilkan. Terdapatnya tinjauan yang dijalankan terhadap teori komik untuk meningkatkan kualiti komik.

Bakat pelukis komik telah dilahirkan apabila wujudnya bahan pengajaran yang bertemakan penciptaan komik. Telah terdapatnya banyak pelukis komik yang wujud dalam zaman tahun 1970-an. Antaranya termasuklah Kim Seong-Hwan, Lee Sang-Ho, Lee Du-Ho, Kim Chung-Ki, Oh Ryong, Lee Jeong-Mun, Kim Hyeong-Gi, Park Seung-Cheol, Han Heon-Myeong dan Kim Su-Jeong.

Dengan kepopularan Sukan Olimpik 1988 dan perkembangan siaran televisyen, filem komik tempatan Korea telah diperkenalkan. Filem “Ride Hodori” oleh MBC dan “Floating Magpie” oleh KBS telah melakarkan permulaan baru dalam bidang filem komik.

Pada tahun 1985, pengasasan “ManHwaGwangJang” dan “ManHwaJuGan” telah menjadi platform pelukis komik baru. Akademi filem pertama serta institut komik yang ditubuhkan telah menjayakan pemupukan bakat pelukis komik.

Komik mula meresap ke dalam pelbagai bidang. Malah ia dijadikan medium publisiti utama ketika pemilihan presiden pada tahun 1987.

Ketibaan era baharu telah mengukuhkan hubungan antara sektor perindustrian Korea dan mara ke dunia antarabangsa. Kemajuan drama bersiri, filem, muzik K-Pop, alat elektronik serta industri automotif telah memasyhurkan nama Korea. Bidang komik turut memasuki era perkembangan pesat.

comics in korea

Di bawah pimpinan Akademi Kongju, bidang pendidikan turut berusaha dalam memperkembangkan sektor komik dengan menubuhkan kursus komik serta kelas latihan komik. Sejak itu, komik telah diiktiraf sebagai salah satu aspek kesenian. Satu genre komik baru iaitu Webtoon (juga dikenali sebagai komik web) mulai dilancarkan oleh Daum pada tahun 2003, dan Naver ada tahun berikutnya, menjadi salah satu budaya paling popular di Korea Selatan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Webtoon adalah komik yang diterbitkan di internet. Kemudahan mengakses internet memiliki telefon pintar sendiri telah menambah bilangan kartunis muda yang kreatif dalam bidang teknologi. Perkembangan Webtoon telah melalui 4 generasi. Pada Generasi Nol (Generation Zero), gambar komik disusun di setiap halaman. Generasi Pertama, Webtoon mulai dihiasi dengan kesan flash menyerlahkan keindahan gambar komik. Pada Generasi Kedua, Webtoon membolehkan pembaca menggerakkan paparan komik ke atas atau ke bawah (Vertical Layout). Generasi ketiga, webtoon dibuat lebih menarik dengan kesan suara dan gerakan. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui media lain selain komputer, seperti telefon pintar dan tablet dan menambahkan lebih interaksi di antara pembaca.

Beribu-ribu Webtoon telah diterbitkan melalui portal web dan juga diterjemahkan ke dalam bentuk filem. Penerbit Webtoon giat menganjurkan berbagai pertandingan lukisan komik untuk mencungkil bakat baru dan memperkembangkan bidang Webtoon.

comics in korea

Post a comment