KOMIK MALAYSIA

Sebelum merdeka, komik merupakan medium komunikasi yang paling mudah dan membawa tujuan politik. Penjajah British dan kerajaan Malaya selepas merdeka telah memanfaatkan risalah komik untuk menyebarkan propaganda anti-komunis. Parti Komunis Malaya dan pertubuhannya turut menggunakan komik bersertakan slogan dan tulisan untuk menyebarkan pendidikan politik dalam kalangan orang awam.

Dalam aspek kesenian komik rakyat jelata, pelukis komik yang bernama Huang Yao amatlah berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina. Sebelum ke Malaya, beliau merupakan pelukis komik yang amat terkenal dan karya termasyhurnya ialah “Niu Bi Zi”. Sewaktu zaman menentang Jepun, Huang Yao merupakan tonggak dalam bidang komik China.

comic in malaysia

Pada tahun 1956, atas pelawaan Tun Razak selaku Menteri Pendidikan Malaya, Huang Yao telah menubuhkan kelas pendidikan dan perpustakaan di seluruh Malaya serta membantu dalam menetapkan polisi pendidikan negara. Pada tahun 1960-an, Huang Yao telah menjalankan kerja pendidikan seni dengan menggunakan komik sebagai alat. Hal ini telah secara tidak langsung menanam benih komik dalam kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 1955, pelukis komik muda Melayu yang berasal dari Kelantan, Nik Mahmood Idris telah menerbitkan koleksi komik Melayu pertama yang bernama Kasturi. Pelukis komik Melayu yang aktif ketika itu termasuklah Abdul Halim Teh. Karya terkemukanya ialah Kris Berpuaka. Karya komik Hang Tua yang dihasilkan oleh Saidin Yahya turut amat popular. Kolumnis kesusasteraan Melayu, Profesor Hashim Awang merupakan pelukis komik ketika zaman mudanya. Kebanyakan karyanya boleh dijumpai dalam bahagian editorial kanak-kanak dalam Utusan Melayu.

Kebanyakan lukisan bersiri Melayu adalah digubah dan dipetik daripada cerita legenda wira Sejarah Melayu dan lebih berkisarkan semangat bangsa Melayu.

Ketika awal penubuhan Malaya, bahasa Inggeris tetap dilihat sebagai bahasa budaya yang lebih bertaraf tinggi. Keluarga berpendidikan Inggeris biasanya menganggap karya komik sebagai bahan bacaan kanak-kanak. Berbanding dengan keindahan komik, kandungan tulisan lebih dipentingkan dalam kalangan komik yang diterbitkan dalam surat khabar Inggeris.

Sebaliknya, pembaca Melayu, Cina dan India akan lebih menghayati kesan visual komik daripada mementingkan kandungan tulisan komik tersebut. Kebanyakan komik sesi ini adalah bertemakan aksi kung fu dan diikuti oleh bahan kepercayaan karut.

comics in malaysia

Ketika itu, karya komik Melayu akan diterbitkan dalam majalah filem, hiburan dan sukan. Tidak banyak yang akan diterbitkan sebagai satu koleksi komik. Raja Hamzah merupakan pelopor dalam kalangan masyarakat Melayu. Karya pertama beliau, “Piring Terbang” telah diterbitkan sebanyak 15 episod berturut-turut. Selain mempunyai produktiviti yang tinggi, beliau amatlah mahir dalam bidang komik. Gaya penciptaannya adalah berbagai-bagai dan hal ini dapat dilihat dalam karya komiknya yang bercorak humor, sindiran politik ataupun aksi kung fu.

Bagi komik bahasa Cina, kebanyakannya berasal daripada China, Hong Kong, lukisan bersiri sixty-four-mo Taiwan serta edisi terjemahan thirty-two-mo Jepun. Buku komik ketika itu tidak berwarna seperti kini, hanya terdapatnya hitam dan putih. Cover juga dicetak secara kromatografi. Walaupun kebanyakan muka surat dalaman adalah berwarna hitam putih sahaja, namun terdapatnya sesetengah buku komik yang menggunakan dakwat warna yang berlainan seperti warna coklat, merah tua, biru tua dan hijau supaya tidak kelihatan hitam putih sahaja dalam sesebuah bahan komik.

Surat khabar Melayu menerbitkan komik dari semasa ke semasa dan hal ini telah melahirkan ramai pelukis komik dan ilustrasi gambar Melayu. Syarikat penerbitan yang mengkhususkan penerbitan komik telah diwujudkan selepas itu. Antara komik yang popular dan mendominasikan pasaran tempatan adalah komik Gila-Gila. Kedua-dua nama dan idea kandungan komik Gila-Gila adalah berilhamkan dan merujuk kepada majalah Mad dari Amerika Syarikat.

Kejayaan karya Gila-Gila telah mempengaruhi seluruh pasaran komik. Komik Melayu selepas ini telah menuruti cara dan kaedah penghasilan Gila-gila dalam masa 20 tahun kemudiannya.

comics in malaysia

Yap Teng

Tiga pengasas Creative Enterprise iaitu Jaafar Taib, Zainal Buang Hussein dan Azman Yusof merupakan pelopor komik yang bertekad. Di samping memasarkan hasil komik yang popular, mereka juga menerbitkan majalah “Fantasy” yang membincangkan kesenian. Tindakan sedemikian berjaya mencungkil banyak bakat pelukis-pelukis.

Kejayaan karya Gila-Gila telah mempengaruhi seluruh pasaran komik. Komik Melayu selepas ini telah menuruti cara dan kaedah penghasilan Gila-gila dalam masa 20 tahun kemudiannya.

Lat Mohammad Khalid Nor lebih dikenali sebagai Lat. Kemahiran seni Lat dipupuk dan diasah sendiri sejak muda lagi. Beliau memulakan kerjaya sebagai kartunis editorial. Karya-karyanya yang mencerminkan pandangan dirinya terhadap hal-ehwal Malaysia dan dunia, sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti New Straits Times dan Berita Minggu. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia.

comics in malaysia

Lat

Cheong Swee Seng telah dipengaruhi oleh tokoh pelukis komik Jepun yang terkenal, Osamu Tezuka sejak berumur 12 tahun lagi dan bertekad untuk menjadi seorang pelukis komik. Selepas menamatkan pelajaran menengah, beliau telah menubuhkan syarikat penerbitan komik Cina pertama di Malaysia bersama dengan Ng Ex Ki dan Chan Yoon Loy. Syarikat komik tersebut yang bernama “Cartoonist Publishing Company” telah mengupah satu pasukan pembantu komik demi meningkatkan mutu lukisan.

Penubuhan “Cartoonist Publishing Company” telah menarik minat kebanyakan pemuda yang merupakan pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang penciptaan komik. Komik yang terdapat dalam “Mingguan Pelajar” dan “Mingguan Tunas” ketika itu merupakan pendorong utama orang ramai untuk membelinya. Hal ini mewujudkan tren penubuhan kelab komik di sekolah masing-masing.

comics in malaysia

Kursus oleh “Cartoonist Publishing Company” telah menghangatkan tren komik dan merupakan pemangkin kelahiran “booklet kecil kelab komik sekolah”. Selepas menubuhkan kelab komik, pelajar ketika itu akan mengumpulkan semua koleksi komik dan membuat salian fotokopi secara kecil-kecilan untuk mengedarkannya di seluruh sekolah. Malah terdapatnya kelab komik yang akan berinteraksi antara negeri untuk bertukar koleksi komik antara satu sama lain.

Karya komik pertama “Cartoonist Publishing Company” adalah “Artoo the Caveman”. Keputusan bagi edisi pertama karya tersebut adalah amat menggalakkan dan diminati oleh pelajar sekolah. Penerbitan lain termasuklah “Treasure Hunt”, “Superkid”, “Devil Cop” dan “Curse Buster”. Karya terbitan sesi ini telah melahirkan pembantu komik zaman seterusnya. Antara pelukis komik sesi ini termasuklah Tan Choon Wai, Heng Yong Kee, Wee Siew Tiong, Yong Siew Yong, Auguste Kwan, Hew Kuan Yau, Pek Teck Hui, Police, Rodney Koh, dan Patrick Yap.

Kejayaan Gila-Gila dalam pasaran komik Melayu bukan sahaja melahirkan komik kemudiannya seperti Batu Api dan Ujang, malah ia turut berjaya melahirkan majalah komik Cina yang berunsur lucu seperti “Sot-Sot”.

Jualan “Mingguan Remaja” dan “Mingguan Tunas” bagi tempoh ini tidaklah selaris dahulu. Terdapatnya banyak syarikat penerbitan berskala kecil yang ditubuhkan buat masa ini. Ji Ying oleh Cheong Swee Seng serta Comicsity oleh Chew Seng telah memupuk banyak pelukis komik baru.

“Nine-tattoed Dragon” oleh Tan Kheng Seng pernah amat popular seketika. Komik lain yang terkenal merangkumi “WuKung”, “Demon Hunter” dan “Water Margin Sidetrack” oleh Kenny Chua.

Pada tahun 1994, pengasas akademi kesenian Tatsun Hoi, bersama dengan pasukan elit lukisannya telah memperkenalkan komik bersiri “Immense Mighty” dan menarik perhatian orang ramai di Hong Kong. Walaupun Tatsun Hoi tidak berjaya dalam mengukuhkan asas di pasaran Hong Kong, namun pelukis komik dalam pasukannya telah berpeluang untuk menjalankan kerja pewarnaan dan pelukisan di bawah didikan tokoh komik terkenal seperti Ma Wing Shing, Tony Wong dan Ho Chi Man. Leong Hoy Yoke merupakan antara pelukis komik yang cemerlang.

comics in malaysia

Penerbit Singapura Asiapac telah mengupah kebanyakan pelukis komik Cina Malaysia untuk menghasilkan buku komik tunggal. Terdapat beberapa pelukis komik yang berjaya seperti Tan Kok Sing, Wong KK, Liu JinHan dan Terry Lim. Dalam tempoh ini terdapatnya banyak penerbit pendidikan yang berkecimpung dalam pasaran buku komik tunggal dan majalah campuran. Namun kegawatan ekonomi tahun 1997 telah melenyapkan usaha beberapa penerbit seperti “Comic Artists” oleh Life Publishers, “Life Comics” oleh Hup Lik dan “Sot-sot” oleh MOY. Bidang komik telah mengalami zaman kemerosotan sejak itu.

Dalam keadaan kemelesetan ekonomi, masih terdapatnya pelukis komik yang bertegas terhadap usaha penciptaan seperti Lefty Julian, Blue, Chai Tian Fatt, Soo Bee Seng, Dick Yoo, Soo Boon Teck. Banyak pelukis komik yang berkemampuan dan bertekad telah mengalihkan fokus kepada pasaran luar negara untuk meneruskan kesinambungan bidang komik negara kita. Antara mereka termasuklah Tan Eng Huat, Sonny Liew, Reggie Lee, Alan Quah dan Baba Chua.

Kemelesetan pasaran komik Cina menyebabkan kebanyakan pelukis komik Cina berkembang di bidang komik Melayu. Sesungguhnya tidak mudah bagi mereka untuk mendirikan nama dalam bidang komik Melayu lantaran sudah wujudnya komik popular seperti Apo, Ujang, Upin Ipin dan Gila-Gila yang lama mendominasikan pasaran komik Melayu.

Walaupun lukisan komik bersiri menampakkan tren kemerosotan, namun masih terdapatnya pelukis komik yang tetap dengan penciptaan komik. Pelukis komik tersebut adalah seperti Yap Teng, LangYi, XiaoMan, Si ShengTi, Eddie See, LiuDing, Li XingCang, PhoneBoy dan Heng Teik Chee. Karya mereka selalu boleh dijumpai dalam surat khabar yang berbentuk komik sindiran, komik politik, komik isu semasa humor serta komik empat petak.

comics in malaysia

Tahun 2000 sehingga 2010 boleh dikatakan sebagai zaman kegemilangan bidang komik.

“Gemeilia” oleh Eddie See yang telah berusaha berpuluh-puluh tahun berjaya mengukuhkan asas dalam pasaran dan menjadi juara dalam kalangan komik sekolah.

Pada masa yang sama, Gempak di bawah pimpinan bijaksana Syarikat Art Square Creation turut berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam bidang komik Melayu dan satu pasukan pelukis komik yang berkebolehan dan profesional telah diwujudkan. Antara mereka termasuklah Keith Chong, Michael Chuah, Redcode, Kaoru, Clay, Ben Wong, Zint, Oga, Puyuh, Slaium dan Zuan.

Selepas membuat pembaharuan, “Gemeilia” telah berjaya mengukuhkan asasnya dalam pasaran sekolah dengan lukisan komik bersirinya. Pelajar turut meminati karya komik lain seperti siri “Matahari Kecil”, “Puteri Durian” oleh James Lu, “OKA” oleh Zhuang Yinji dan Ahliow, “Little Monitor”, “Solar”, “Brilliant World”, “ManTou”, “KK Superman” dan “Go Go Class”.

comics in malaysia

Kehangatan pasaran komik sekolah menyebabkan ramai penerbit turut menerbitkan komik masing-masing. Antaranya termasuklah Odanata, Pelangi dan Rawang Boy.

Yang menarik adalah bahawa jualan komik langsung tidak dijejaskan oleh persaingan sengit dalam pasaran. Sebaliknya buku komik yang berinovasi dan kreatif seperti bahan komik Art Square Creation yang menyertakan ilustrasi dan tulisan telah meningkatkan tahap penerimaan pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap bahan bacaan sebegini.

Namun pasaran komik Melayu telah mengalami zaman kemerosotan sejak tahun 2000 dan semakin lemah dari semasa ke semasa. Walaupun terdapatnya sesetengah syarikat produksi animasi 3D berkaitan komik sedang berkembang seperti Boboiboy, Upin & Ipin, namun pasaran komik ketika itu tidak lagi hangat seperti dahulu dan sedang menyusut.

Persatuan Penggiat Komik Mandarin telah ditubuhkan pada 9 Mei 2009. Penubuhan ini merupakan satu detik penting bagi bidang komik Cina.

comics in malaysia

Eddie See

Sebelum negara kita mencapai wawasan negara maju, tonggak utama bidang komik tempatan iaitu pasaran kanak-kanak sekolah masih tidak menampakkan kesan positif seperti dahulu.

Walaupun terdapatya beberapa penerbit komik yang masih kekal dalam usaha penciptaan komik, namun pelukis komik generasi muda ini telah menghadapi persaingan sengit daripada bahan komik yang diimport dari China.

comics in malaysia

Yang menggalakkan adalah Art Square Creation yang sentiasa berinovasi dalam bidang komik. Ia telah menghasilkan komik cereka sains pengembaraan yang membawa tujuan pendidikan dalam memimpin penerbit komik yang lain untuk meneroka pasaran remaja. Nescaya pasaran komik dewasa akan berjaya diterokai tidak lama lagi dengan usaha sedemikian.

Namun bidang komik Melayu masih tidak sehangat dahulu. Majalah komik yang pernah mengalami sejarah kegemilangan selama 30 tahun seperti Ujang dan Apo telah dihentikan penerbitannya.

Masa depan bidang komik Malaysia, daripada pelukis komik kepada penerbit komik, perlulah menghadapi revolusi media baru, kepelbagaian hiburan zaman kini, dan cabaran minat pembaca yang seringkali berubah untuk menjamin keberlangsungan bidang komik negara kita.

Post a comment