KOMIK SINGAPURA

Selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1980-an, komik telah menunjukkan dua tren dalam kalangan kehidupan budaya Singapura. Pertamanya komik telah berperanan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan ini merangkumi buku komik di mana plot ceritanya adalah mengenai nilai pendidikan. Keduanya komik digunakan untuk tujuan hiburan ketika masa lapang.

Pelukis komik tempatan Singapura telah menggunakan surat khabar dan majalah sebagai medium untuk mempamerkan karya mereka. Cara persembahan karya komik kebanyakannya adalah satu petak ataupun empat petak. Kandungannya adalah tentang isu rakyat, komentar isu semasa, dan masalah masyarakat. Komik sedemikian adalah demi mendidik orang awam.

Banyak pelukis komik baru merupakan bekas pekerja pejabat surat khabar yang pernah disemai nilai kesenian. Antara mereka termasuklah Lin Xi Zhong, Weng Yi (nama asal ialah Weng Si Cheng), Ke Fu dan Man Tian Fei.

comics in singapore

Komik Lin Xi Zhong adalah bertemakan kehidupan bandar dan ragam manusia yang berbagai-bagai. Karyanya adalah seperti “Komik Asia Tenggara”, “Manis Masam Pahit Pedas” dan “Insiden Seronok Kanak-kanak”.

Weng Yi pula memfokuskan komik politik serta pendidikan seperti “The Warning Age” dan “ZhuBiSan”.

Nama asal Man Tian Fei ialah Lin Yu Cong. Beliau telah menetap di Singapura sejak berumur 17 tahun. Karyanya “Encik Bermata Empat”amatlah terkenal di antara Singapura dengan Malaysia.

Di samping itu, Singapura yang autoritarian turut mempunyai pelukis komik politik yang cemerlang seperti Morgan Chua yang mencipta dalam bahasa Inggeris. Beliau telah mula mempamerkan karya komiknya di dalam Singapora Herald sejak tahun 1970. Namun surat khabar tersebut telah diharamkan pada tahun seterusnya. Beliau telah meneruskan kariernya dalam Far Eastern Economic Review dan menghasilkan banyak komik sindirin politik dan amat terkenal di seluruh dunia.

SG-Morgan-Chua

Pelukis komik isu semasa yang mencipta dengan menggunakan bahasa Cina ialah Heng Kim Song. Karyanya banyak diterbitkan dalam “Lianhe Zaobao” dan “Asia Week”. Dengan menggunakan sudut orang Asia untuk memahami dan menganalisis politik antarabangsa dan situasi politik tempatan, pandangan politik beliau amatlah unik dan diminati oleh ramai pembaca.

Selepas tahun 1980-an, komik Singapura telah memasuki era kegemilangan. Pada tahun 1981, “Sin Chew Jit Poh” telah memulakan ruangan komik dan menarik banyak pelajar untuk mempamerkan karya komik mereka. Hal ini telah memupuk bakat pelukis komik secara tidak langsung. Antara pelukis komik yang dilahirkan melalui “Komik Bao” termasuklah Peng HuiGuo, Si DaTu, WuYu, YeYe dan ChenZiJian.

Akhir zaman 1990-an merupakan kemuncak komik Singapura. Lantaran kesan positif ruangan komik asal, pelukis komik yang berjaya dipupuk telah menjadi matang dan kualiti karya komik turut ditingkatkan sehubungannya. Hal ini telah mewujudkan suasana positif dalam bidang komik Singapura di mana semua pelukis komik bersaing dengan sihat demi menjamin mutu komik tempatan.

comics in singapore

Dengan menggabungkan corak lukisan Hong Kong dan Jepun serta berjaya mewujudkan perwatakan yang kacak dan cantik, Wee Tian Beng merupakan pelukis komik pertama yang menembusi pasaran komik Hong Kong. Karya utamanya ialah “Heroic Couple and the Heavenly Condors”, “The Legend of Wisely”, “Celestial Zone” dan sebagainya. Jeffrey Seow pula lebih bercorak humor dan tenang dalam menghasilkan “LunYu”, “Principles of Amassing Richness”, dan “The Story of the Laughing Priest”. Karya komik yang cemerlang dalam bidang komik Singapura termasuklah “Mr. Kiasu” oleh Johnny Lau, “Beloved Dog” oleh Foo Swee Chin, “Wira Bandar” oleh Zhang Sheng Fu, dan “Cockcroach”.

Asiapac Books Pte Ltd telah mara ke arah penerbitan kedua-dua “komik budaya” dan “komik popular” dan pernah menduduki tempat pertama dalam kedudukan pasaran komik. Syarikat penerbitan yang ditubuhkan selepas ini seperti Chuang Yi Publishing Pte Ltd, Comix Factory, TCZ Studio dan Shen Zao She telah bersaing dalam pasaran dan ini telah menghangatkan suasana penciptaan dalam kalangan bidang komik.

Walaupun terdapatnya banyak pelukis komik, namun pasaran komik yang kecil ini telah menghadapi impak internet dan permainan online. Jumlah pencetakan semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Syarikat penerbit yang sedia ada turut mencari jalan baharu dalam menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, dengan bantuan kerajaan, syarikat penerbit tersebut telah mula menerbitkan komik melalui teknologi digital komik.

Post a comment