KOMIK TAIWAN

Penjajahan selama 50 tahun telah menyebabkan corak dan gaya komik Taiwan dipengaruhi oleh Jepun secara mendalam. “Majalah Bulanan Xin Xin” yang bertekad untuk meluaskan pasarannya di Taiwan turut terpaksa menggunakan bahasa Jepun sewaktu awal penerbitan majalah tersebut. Majalah itu hanya menggunakan bahasa Cina bermulanya edisi keempat. Walaupun “Majalah Bulanan Xin Xin” hanya menerbitkan sebanyak 7 edisi, namun kandungannya amat relevan di mana ia menyebarkan situasi inflasi, jurang antara miskin dengan kaya serta perihal rasuah dalam kerajaan. Ia boleh dikatakan sebagai karya komik revolusi yang mantap ketika itu. Karya bersiri panjang “Water Margin” oleh Wang ChaoZong merupakan buku komik tunggal pertama yang menggunakan bahasa Cina di Taiwan.

comics in taiwan

Perubahan rejim di China pada tahun 1949 mengakibatkan banyak bakat pelukis komik China menziarahi ke Taiwan. Hal ini telah meningkatkan tahap dan mutu penciptaan komik Taiwan secara keseluruhan. Sesungguhnya komik telah berperanan sebagai salah satu medium yang mendorong pembelajaran bahasa Cina dalam komuniti kanak-kanak Taiwan. “Schoolmate”, “Eastern Youth” dan “New Schoolmate” telah diasaskan pada tahun 1950-an.

Komik Taiwan bagi tempoh ini adalah lebih bertemakan aksi kung fu selain kisah opera. Bakat pelukis komik adalah amat banyak sekali. Komik Amerika Syarikat mula memasuki Taiwan. Gaya Liu Hsing-Chin telah dipengaruhi oleh corak komik Amerika. Hal ini jelas ditunjukkan dalam karya komik seperti “Da Shen Po” serta “Ah San Gor”.

comics in taiwan

Pembawaan masuk teknologi barat telah mengembangkan industri penerbitan Taiwan secara langsung. Asalnya penerbit komik hanya menerbitkan karya pelukis komik dalam sebuah majalah, akhirnya ia dikembangkan dan menjadi buku komik tunggal yang boleh dimiliki setiap pelukis.

Perkembangan bidang komik telah merancakkan penerbitan komik secara tidak langsung. Kedai buku yang menyewa buku komik turut dikembangkan dan terdapatnya 4000 kedai buku komik pada masa itu.

comics in taiwan

Karya komik yang mengikuti gaya lukisan Osamu Tezuka telah mula dikenali dan menjadi terkenal. Antara yang paling popular adalah “Cerita Dongeng Dunia Kesusasteraan Kanak-kanak” yang dihasilkan oleh Chen WenFu dan Wang ChaoJi.

Dalam pasaran yang penuh dengan persaingan, telah mula munculnya keadaan ciplak dan kemerosotan mutu dalam penghasilan komik. Kerajaan telah menguatkuasakan sistem pemeriksaan bahan bacaan dengan memperkenalkan “Undang-undang Penerbitan Lukisan Bersiri” untuk menapis bahan komik yang menyebarkan pemikiran kepercayaan karut. Pelukis komik telah menghentikan pelukisan dan melancarkan hartal untuk membantah dasar tersebut. Boleh dikatakan seluruh bidang komik dibantutkan dan penjualan komik tidak lagi selaris dahulu.

comics in taiwan

Ketika bidang komik Taiwan mengalami kemerosotan, terdapatnya penerbit komik yang memperkenalkan komik ciplak Jepun demi memenuhi permintaan pasaran dan memaksimakan keuntungan.

Pada tahun 1979, National Institute for Compilation and Translation telah membenarkan penerbitan karya komik Jepun. Bahan komik Jepun yang terlalu banyak menyebabkan NiuGe melancarkan kempen “Bersihkan Komik” untuk menapis semua bahan komik Jepun sekali lagi demi menjamin mutunya.

comics in taiwan

Pada tahun 1982, NiuGe telah menuntut tindakan mahkamah mengenai sistem penapisan komik terhadap komik ciplak Jepun dan komik tempatan Taiwan di samping melaporkan insiden komik Jepun yang menyebarkan unsur keganasan dan kelucahan. NiuGe telah berjaya memperjuangkan pembatalan sistem penapisan.

Sejak itu komik Taiwan tidak lagi dikawal oleh sistem penapisan, namun pembaca komik seolah-olah melupai bakat pelukis komik tempatan. Sehinggalah tahun 1983, “China Times” telah menerbitkan karya komik empat petak “Foolish Shrine” oleh Ao YouXiang. Karya tersebut telah menjadi popular dan ini telah membangunkan bidang komik Taiwan yang merosot.

comics in taiwan

Ao You Xiang

“China Times” telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan “Pertarungan Komik”. Berita ini telah menarik minat pelukis komik yang berbakat di seluruh Taiwan.

Generasi pelukis komik yang baru telah mula menonjolkan kemampuan masing-masing. Antaranya termasuklah Mai RenJie, Sun JiaYu, Loic Hsiao, Chen Uen, Wang Ping, Lin Cheng-Te, Zhu DeYong, Gaga, Tseng Cheng-Chung dan Chen Hung-Yao.

“Sunday Comics” telah mula diterbit secara mingguan pada tahun 1989. Majalah komik lain yang diasaskan pada tempoh ini termasuklah “Komik Huang Guan”, “Komik Hujung Minggu” dan “Komik Hamburg”.

comics in taiwna

Zhu De Yong

Walaupun komik Jepun terlalu banyak dalam pasaran, namun keadaan ini telah melahirkan golongan pembaca komik yang ramai dan hal ini secara langsung telah merancakkan perkembangan kedai penyewa buku komik Taiwan.

Pengenalan “New Authoring Copyright Act” pada tahun 1992 telah mendorong penerbit komik supaya menghormati hak cipta komik Jepun. Pelaksanaan undang-undang tersebut telah menghalalkan komik Jepun secara berperingkat.

comics in taiwan

Penerbit komik Taiwan sentiasa berusaha dalam memupuk bakat komik Taiwan. Contohnya, pertandingan melukis komik akan diadakan dari semasa ke semasa untuk mencungkil bakat orang muda. Hal ini telah mewujudkan satu pasukan pelukis komik yang baru. Selain mencungkil bakat orang muda, penerbit komik turut menarik kemasukan pelukis komik yang lama untuk menyumbang kepada penghasilan karya komik. Terdapatnya 300 orang yang berkecimpung dalam bidang komik dari tahun 1992 sehingga tahun 1995.

Menjelang tahun 2000, pelukis komik Taiwan yang bersaing dengan lukisan bersiri Hong Kong dan komik Jepun telah melangkah keluar daripada dilema dan terus menembusi pasaran China. Banyak pelukis komik Taiwan telah berjaya mengharumkan nama dalam pasaran China. Antara pelukis komik tersebut termasuklah “Teachings of ZhuangZi” oleh Tsai Chih Chung, “Bitter Lady” oleh Zhu DeYong dan “King of Fire” oleh You Su Lan.

Ao YouXiang yang menghasilkan “Foolish Shrine” dan Jimmy turut menembusi pasaran China dan hal ini telah menjadi batu asas bagi semua pelukis komik Taiwan yang ingin menceburi pasaran China pada masa depan.

Post a comment