KOMIK THAILAND

Sejarah komik Thailand adalah amat cemerlang dalam era tradisionalnya. Komik merupakan medium yang digunakan untuk menyindir golongan atasan serta mengkritik politik semasa. Komik komersial yang pertama telah dilahirkan pada tahun 1917. Karya tersebut adalah bertujuan utama untuk mentertawakan Jerman yang kalah dalam perang Eropah.

Selepas itu, Prayoon Chanawong yang berkemahiran dalam bidang kesusasteraan tradisional Thailand telah menghasilkan komik politik dengan analisis yang tajam dan terus. “Kaboon Karn Kae Jon” yang diasaskan pada tahun 1938 telah mengangkat nama beliau sebagai pelukis komik sindiran politik yang terkenal dalam era itu.

Selain komik politik, terdapatnya juga lukisan bersiri panjang “Ramakien” di Thailand. Kandungannya adalah mengenai penyebaran ajaran Buddha China dan India ketika zaman kesusahan rakyat jelata.

Sebagai negara Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah, Thailand mempunyai tahap kebebasan media yang agak tinggi dalam aspek penyindiran masyarakat dan pengecaman politik. Kebebasan sebegini hanya mula disekat pada tahun 1950-an ketika pemerintahan tentera. Apabila pentadbiran tentera digantikan oleh pemerintahan Raja Thailand, rakyat Thailand barulah memperoleh kembali hak dan kebebasan bersuara. Pada masa itulah komik sindirin politik mula diaktifkan semula.

Selain mempunyai kesedaran politik yang mendalam, karya komik Thailand turut dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti tren komik wira Eropah dan Amerika Syarikat, corak komik Jepun yang berunsur comel dan menarik serta mesej membantu golongan lemah yang terdapat dalam lukisan bersiri aksi kung fu Hong Kong.

comics in thailand

Di samping itu,pelukis komik Thailand telah meniru watak utama komik negara dan menggubahnya dengan meletakkan watak utama tempatan di dalam komik. Tren ini amat popular dalam kalangan bidang komik Thailand.

Pada tahun 2005, pusat penyelidikan komik “Let’s Comic from Tomorrow Comix” yang ditubuhkan oleh Rop Ponchamni telah cuba mengkaji sebab komik Thailand tidak boleh menembusi lingkungan politik. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Thailand telah mengganggap bahan komik sebagai barangan boros. Tidak kira betapa murahnya harga sesebuah karya komik ciplak, rakyat umum masih akan berfikir dua kali sebelum membeli.

Kewujudan media baharu seperti internet telah memudahkan syarikat penerbit untuk memanfaatkan teknologi digital dalam penciptaan komik. Antara pelukis komik yang cemerlang termasuklah Puyapat’Art’Jeno dan Anuchit Kumnoi. Karya “Kiwtum” oleh Anuchit Kumnoi telah mencapai kejayaan dan telah mendapat kunjungan pembaca sebanyak ratus juta dalam internet.

“EXEcutional” oleh Panuwat Warrananukil amat terkenal dalam C-Kids. Selain itu, Jod-8-Riew telah mencipta watak perempuan Noon dengan corak dan gaya tersendirinya. Karyanya “Kon Arai Pen Fan Mee” adalah pelopor bidang komik di mana ia menyindir perihal masyarakat dan kehidupan seharian dan merupakan bahan topik komik baru selain bertemakan aksi kung fu dan politik.

Thai boxing adalah amat terkenal dalam arena tinju sedunia. Oleh itu, penciptaan komik yang bertemakan Muay Thai Comic telah dihasilkan. Corak karya sebegini adalah amat unik sekali di mana ia tidak meniru cara komik Jepun ataupun lukisan komik bersiri aksi kung fu Hong Kong. Itulah sebab karya sedemikian akan menjadi popular dan diminati dalam dunia internet pada hari ini.

Post a comment